ensiyahmuhammad

Saturday, August 17, 2013

Warkah Terbuka

Assalamualaikum sayang, 

Apa khabar kamu di sana wahai dirimu yang ku rindui? Aku harapkan dirmu sihat sejahtera. Sudah lama tidak mendengar perkhabaran darimu membuatkan aku di sini sering terkenangkan kamu.

Sayang, 
Masih ingatkah dikau kenangan kita bersama, di atas pentas, di hidang dengan keindahan bintangbintang di angkasa dan di selimuti bayu malam yang mendinginkan. Berjalan menikmati pemandangan tasik dengan kesegaran angin petang yang menenangkan..?

Sayang, 
Aku rindu suasana kita bersama. Aku rindu akan celoteh dari mu. Aku rindu mahu lihat senyum mu. Aku rindu kamu. 

Sayang, 
Kenapa kini kau diam tanpa kata? Membuatkan aku tertanyatanya. Membuatkan aku sasar tanpa arah. Risau yang tak bernoktah.

Tetapi aku yakin sayang, engkau seorang yang tabah. Seorang yang kuat. Seorang yang dikurniakan sabar yang meningkat. 

Hubungi aku sayang. yuk kita ulangi kenangan lama. 
Kongsikan rasa.

Yang merinduimu.
Aku.

No comments: