ensiyahmuhammad

Thursday, August 8, 2013

raya

musim perayaan. semua nak baru. baju raya, seluar raya, tudung raya.. apa lagi yang tak raya? jalanraya yang memang dah memang ada nama 'raya' pun tak terlepas sama. semua benda meriah. dan aku... aku dapat hadiah raya yang cukup untuk aku pakai sampai bilabila, walau bukan pada hari raya. alhamdulillah.

raya.. walau tanpa lemang, tanpa rendang, tanpa ketupat, tanpa biskut, tanpa kek... tetap akan berlangsung. 

tapi raya.. tanpa keluarga dan orang tersayang, orang yang bermakna dalam hidup. 
tak memberi erti.
raya.. walau dengan hanya kerepek pisang, duduk santai borakborak, bahan membahan, tapi rumah penuh. penuh dengan ahli keluarga yang memang 360 hari yang lepas susah nak jumpa..
erti nya.. sangat besar. dan berbeza.

hargai keluarga.
sayangi keluarga.
itu harta yang.. kalau hilang.. 
nak gadai nyawa sendiri pun.
confirm tak dapat.

taqaballahu minna wa minkum.
:)

No comments: