ensiyahmuhammad

Monday, August 26, 2013

hilang

"En siyah.." 

aku pun berpaling kebelakang. rasa macam kenal saja suara tersebut.

"Eh cikgu. jemput masuk. jemput masuk"

muka tersenyum. jemput cikgu masuk dalam rumah. macam jemput masuk nak beraya. 

"Awak kuat ye. Belajar elokelok"

"Baik cikgu. Terima kasih datang."

===============================

di hari pengebumian ayah aku. aku boleh tersenyum, welcome orang yang datang ziarah dengan air mata yang kering.

siap kenduri arwah malam ketiga. esoknya aku dah start packing barang masuk nak register uia.

tak sedih ayah meninggal? kenapa cool aje?

cool? heh. meh dok dengan aku 24/7. then kau akan tahu apa yang aku rasa sebenarnya.

p/s: kesedihan yang kita rasa mungkin tak sama dalamnya, tapi saya tahu perasaan itu bagaimana.


No comments: