ensiyahmuhammad

Tuesday, August 13, 2013

hantaran

"nanti bila yaya kawen.. mak buat nikah kat dalam umah je. senang."

"gulp! buat nikah dalam umah je??? mana best. aku nak grandgrand! baru meriahhhhhhh" tapi dalama hati jela cakap macam tu. depan mak.. diam je.

itu cerita empat tahun lepas. aku dengar mak cakap dengan sedara sapa tah yang datang, masa kenduri kawen kakak aku. huhuhuhu.

tapi sekarang bila aku fikirfikir balek. 
nak tunggu nak buat wedding grand.. memang tak kawen la aku nampak gayanya. 
tapi wedding grand yang aku bayangkan.. bukan majlis dekat hotel. sebab aku tak suka majlis yang ada protokol. huhu.


kalau ikut sejarah adik beradik aku yang dah berkahwin.. 
kakak kawen dulu.. tak mintak hantaran.. tapi abang ada bagi jugak duet. akak anggap sebagai hadiah.

dulu, aku rasa kesian dengan kakak, sebab dia kawen tak meriah sangat. tapi rezeki dia best, sebab dia amek photographer kawan dia je. hanya utk amek gamba. tapi kawan dia adiahkan album gambar terus, yang style apa tah orang cakap. cantikkkkkkkkkkkkkk!! 

tapi bila aku tengok kakak sekarang, walaupun tak dapat rezeki anak lagi. tapi dia bahagia je ngan abang.

masa abg acik kawen.. abang acik niat taknak sanding pun. tapi tetiba dapat sponsor pelamin. huhu

masa abg kiki kawen dengan lisa pun.. sebab rumah dekat. diorang buat satu majlis je. pastu persiapan kawen.. diorang share duet sesama. tapi belah kitorang, buat kenduri jugak la. kenduri kesyukuran.. yang nie memang totally cara islam punya. memang kenduri doa selamat. takde pengantin sanding. cukup orang kenal sapa pengantin yang kawen sebab kat depan ada bunting besarbesar muka diorang. haha

dan aku...
personally, demand aku. gambar. 
haha sebagai seorang yang suka menangkap dan ditangkap gambar, 
aku sangat demand gambar. hahaa

tapi tah la.
kalau ikut pendapat peribadi aku sendiri.
kawen jela ikut kemampuan.
tak salah pun nak share.. kumpul duit sesama. takyahla guna duit tu fokus utk majlis je. yang penting kehidupan lepas kawen.. bila dah ada anak nanti. lagi banyak duit nak guna. lampin susu.. mahal kot! (eh?)
nak tunggu pihak lelaki bermatimatian bagi duet hantaran sampai rm10k. 
pastu nak prepare lagi duet untuk majlis belah dia. dah berapa ribu tu.
memang lambat la aku kawen. huhu
aku just harap.. family aku takde mentaliti.. aku belajar sampai universiti. kena letak mahal mahal..

"nanti kalau yaya kawen.. aku nak mintak rm10k!" kata abg aku pada suatu hari, dalam kereta. sambnil tergelak gelak. 

aku.. macam biasa. diam dan dalam hati mula bertingkah. "gulp.. kau nak bagi aku kawen ke tak nie? huu"

apa yang aku paling nak tengok masa aku kawen nanti...
saudara mara aku semuaaaaaaaaaaaaaaaaaa datang. termasuk yang dekat seberang sana. 
dan kawankawan. 

tapi priority aku sekarang.. bukan duet untuk kawen.
tapi.. duet utk nak cover masa final year nanti.
rm6k+++!
*headbang!!*

No comments: