ensiyahmuhammad

Thursday, August 22, 2013

dia

aku punya seorang kawan. belum lama aku mengenalinya, baru setahun dua.. kalau di kira minit dan saat, mungkin sudah berjutajuta. hehe tapi, faktor masa bukan faktor penting ku rasa, tapi lebih kepada kualiti bagaimana aku dan dia berteman. pasti sahaja aku sudah punya kepercayaan yang tinggi pada dia, walau dia mungkin tidak merasakan itu. sebagai seorang yang perahsia, bukan mudah aku mahu menghamburkan rasa pada semua. tapi dengan dia, aku selesa. dia berikan aku masa, tanpa paksa, untuk aku bercerita. orangnya istimewa. walau aku tidak pernah katakan padanya. aku sedar dengan jelas betapa aku jarang mengatakan sayang padanya, entah kenapa... mungkin kerana aku fobia? aku takut, jika aku mengatakan sayang, aku melakukan hal-hal yang menuju salah faham.. itu cherita dulu, yang memang sudah terkubur lama. tapi sebagai seorang manusia, nostalgia sering menggugat rasa. 

peringkat awal sejak aku kenal dia, aku hanya tahu nama. tapi nampak dia dari jauh, cepatcepat aku cari jalan lain kerna tak mahu bersua. jangan tanya kenapa, aku pun tertanyatanya. satu hari, aku usha dia lamalama, phewitttt! dari kerana mata... yang berkuatkuasa.. oh...! aku terpesona.. aku terpesona dengan dirinya.. dari kerana mataaaa. seperti saja terngiangngiang lagu tersebut di belakang. huhu bila ku katakan yang aku terpesona melihatnya, eh, dia tersipu malu pula. ehem. hebat juga aku mengayat rupanya. ngehngehngeh. 

semakin lama, aku rasa kami makin melekat. jangan ditanya bagaimana.. puas aku buka folder memori otak, tak terjumpa. dan aku rasa, lebih baik begitu. bagi pendapat aku, bukan semua perkara harus kita kenal pasti dengan jelas sebabnya kerna bila penyebab itu hilang, pasti sudah terlerai semua. oh, abaikan bahagian ini. tiada kaitan. huhu

aku mahu dia tahu, aku sangat menghargai dia dalam hidup aku. walau aku tidak mampu memberikan material kenangkenangan untuk dia, harapnya doa aku untuk kebahagiaan dia sentiasa bersamanya. harap aku, dalam setiap jatuh bangun dia, aku ada. walau aku tidak mampu menyelesaikan masalah dia, sekurangnya aku tetap ada bersamasama dengan dia. aku cuma mahu ada, untuk dia. selagi mana dia belum bertukar status, aku mohon, waktuwaktu yang ada, untuk dia dan aku, adalah yang manis manis sahaja (mungkin ada pahit masin sikit, barulah sedap, eh?).

Allah, jagakan dia untuk aku.


1 comment:

Mizuno Ami-chan (ZZ) said...

Amboih...... Just look at the language.... Hehe..... I'm so touched reading this post. Tq so much for everything, dear friend. Everyday, I thank Allah for sending me such wonderful people into my life, including u. May Allah bless our friendship and may this friendship last until we meet again in Jannah. In sha Allah. Take care of yourself ;)