ensiyahmuhammad

Friday, July 12, 2013

Tali Kasut

Sofia terkocoh-kocoh pergi ke kelas. Dia sudah lambat. Jam menunjukkan pukul2.15. Kelas sudah bermula 15 minit. Dia cuba berjalan laju, kasut sneakers yang sudah terbuka talinya tidak diendahkan, yang penting dia sampai ke kelas. Dia perlu segera ke kelas yang terletak di blok belakang Fakulti Ekonomi.

Asyik aku je yang datang lambat, ish. Kain baju kurung nie pun satu la, kenapa la panjang sangat. aku nak lari pun susah. Dah la Sir nie punctual, habislah aku. Mesti kena punya la.

Tepat seperti yang dia jangkakan. Kelas sudah bermula. Bila dia buka saja pintu kelas, semua mata tertumpu padanya. Perlahan dia berjalan sambil memberikan salam dan minta maaf sebab lambat.

"Sofia, before you sit down, tell me what are the component in cost of capital?"

Lambat-lambat Sofia jawab. Sir memang macam nie, tiap kali dia datang lambat, mesti dapat pop kuiz, memang selalunya. Dia je yang datang lambat, takde orang lain dah. Tapi Sir nie belum lagi keluarkan arahan mandatori yang dia nak kunci kelas kalau datang lambat, kalau jadi macam kelas Audit yang Madam sharp kunci pintu pukul8.30 pagi. Memang hidup dia kelam-kabut la.

"Cost of debt, cost of equity, cost of preference shares and weightage average cost of capital"

"Ok. That's correct. You may sit down"

"Thank u Sir"

Setelah sejam tiga puluh minit kelas, Sir memberi rehat.

"Asal kau lambat ri nie?"

"Aku terlajak tidur lepas zohor. Aku pun tak tau lah macam mana boleh terlelap. Tadi aku pecut menggila la tau dari bilik."

"Sofi, kau nie kalau dah nak terlelap tu, tunggu burger siap pun kau boleh tidur. Mata tu macam ada ada pelekat je. Dah, jom teman aku pergi kedai Ah Meng kejap."

"Dah, kau tak payah nak cemburu dengan kepakaran aku bab tidur nie. Kau nak buat apa?"

"Aku nak beli tiket balik sini, petang nie aku balik kampung"

"Boleh. Tapi jap, aku nak ikat tali kasut nie"

"Kau nie kan, tak pernah berubah. Asal pakai kasut je, mesti tali terbuka, kau reti ke tak ikat kasut?"

"Aku peduli apa, janji nampak macam di ikat dah la. Aku tak reti ikat kuatkuat la. Aku ikat mati je. tu pun terbukak jap. Tali nie tak suka aku agaknya"

"Banyak lah kau. Dah la, cepat sikit ikat kasut tu. Karang kedai Ah Meng tu ramai orang"

"Dah nie. Jom la"

Dah sampai dekat kedai Ah Meng, tali kasut Sofia terbuka lagi.

"Yana! tengok nie. Penat je aku ikat mati. Terbuka juga tali kasut aku"

"Kau nie kan dah macam Hirtikh Roshan dalam cerita Kabhi Kushi Kabhi Gham. Dalam cerita tu, dia pun tak reti ikat tali kasut. Kau tau tak cerita tu?"

"Tau. Dia konon-konon menyamar jadi orang lain, menumpang rumah abang dia. Sebab dia nak cari abang dia, nak pujuk balik rumah. Last-last kantoi dengan pengasuh dia sendiri, sebab dia tak reti ikat tali kasut, kan?"

"Boleh tahan jugak kau nie. Ingat perempuan sempoi ala ala brutal tak jadi, tak reti tengok cerita tangkap leleh"

"Tengok orang la beb. Keras luaran, dalam hati ada taman tau"

"Salah tu, kerasa luaran, dalam hati ada iman. Baru betul"

Sofia tersengih-sengih. Yana memang agak alim orangnya, silap cakap. Sedas dapat tazkirah percuma. Sementara menunggu Yana berurusan dengan Ah Meng, Sofia cuba mengikat tali kasut kembali. Tapi dia gagal. Akhirnya, apa yang dia buat, dia ikat tali kasut dekat kaki. ikat mati terus. Sofia tersengih bersendirian. Puas hati lagaknya. Yakin lepas nie mesti tak terbukak lagi!

"Sofi, asal kau sengih-sengih? Kau jangan nak buat perangai pelik-pelik"

"Takde pape la. Kau tengok tali kasut aku. Lepas nie memang takkan terbukak punyala" Dia tali kasut yang diikat pada pada pergelangan kaki, dekat dengan buku lali.

"Tengokla. Sampai kelas nanti, mesti terbukak jugak tali kasut tu"

"Try me" Sofia tersengih-sengih

Sampai ke kelas...
Yana angkat sebelah kening dan tunjuk isyarat ke bawah. Sofia tunduk. Seperti yang dijangka, tali kasutnya terbuka. Sofia mencebik, dia tak peduli. Ditariknya kerusi dan duduk. Kelas sudah bermula.

Sir bercakap di hadapan, mata Sofia Diana pandang ke depan, tapi fikirannya tidak di situ.

****************************************************************
*Imbas Kembali*

 "Awak, cuba tengok tali kasut saya. Mesti terbuka. Hari tu masa saya lari 800 meter, lagi 50 meter nak sampai garisan penamat, tali kasut saya terbukak. Nasiblah terbukak masa dah nak abis, kalau terbukak dari awal, memang ada la atlet yang lari tertinggal kasut kat trek" Sofia tergelak-gelak.

"Eh, bahaya lah awak, boleh tersadung tau kalau terpijak tali kasut tu" 

"Saya tahu. Sejak dari sekolah lagi, kawan-kawan selalu tegur tali kasut saya terbuka, mula-mula bolehla asyik nak ikat je. Tapi lama-lama, saya malas. Saya biar jela"

"Awak tengok tali kasut saya nie, dari sejak mula saya beli, sampai sekarang, tak pernah terbukak tau"

"Hah! Bagus. Tolong ikatkan tali kasut saya boleh? Ikat kuat-kuat. Jangan bagi lepas macam kasut awak"

"Boleh. Mari sini"

Sofia terkedu. Dia bergurau je sebentar tadi. Si pemilik lesung pipit tu dah pun datang pada dia yang sedang duduk menjulurkan kaki sambil mengangkat lutut ke atas. Raut muka si pemilik lesung pipit tenang sahaja ikat tali kasut Sofia. Sofia membiarkan saja.

"Nah! Dah siap. Rasa ketat tak? Selesa tak?" si pemilik lesung pipit tersenyum.

"Ketat.Sangat selesa. Pandai awak ikat. Terima kasih. Saya... Sebenarnya tadi saya gurau je"

"Takpe saya tak kisah. Saya tak nak orang yang saya sayang jatuh."   si pemilik lesung pipit senyum menampakkan barisan gigi. Manis.

Sofia tersipu.

****************************************************************

Tanpa sedar, Sofia melepaskan keluhan berat. Yana memandang. 

"Kau nie kenapa? Tetiba je mengeluh."
"Aku rasa, aku memang macam Hirtikh Roshan dalam citer Kabhi Kushi Kabhi Gham, tak reti ikat kasut."
"Apa kena-mengena dengan kau pulak?"
"Aku teringat seseorang. Seseorang yang pandai ikat tali kasut. Orang tu pernah ikatkan tali kasut aku. Tak terlepas tau."

"Jadi, kenapa dengan dia?"

"Aku dah lama tak jumpa dia. Kot satu hari nanti dia nampak aku terkial-kial ikat tali kasut, mana tahu tiba-tiba dia datang, tolong ikatkan tali kasut aku. Masa tu lah kitorang berjumpa semula."
 
"Fantasi sangatlah cerita kau nie. Sila kembali ke dunia nyata. Aku kenal ke?"
"Kalau fantasi pun, tak mustahil kan benda tu berlaku. Tak. Kau tak kenal"
"Takpe. Lagi sikit je lagi nak habis kelas. Nanti aku nak cakap sikit dekat kau"
"Ok"

Mereka menumpukan perhatian. Mencatat apa yang patut, tekan-tekan kalkulator bila perlu. Hidup sebagai pelajar perakaunan, memang tak boleh lari dari kalkulator dan nombor. Lagi-lagi subjet Finance nie, lagi lah kena hati-hati. Salah tekan, salah jawapan.

Setelah setengah jam, kelas pun dah habis. Mereka menuju ke kafe, Yana memilih untuk minum air teh panas dengan kek pisang dan Sofia seperti biasa, jus tembikai.. minuman kegemarannya. 

"Kau nak cakap apa tadi dengan aku?"
"Kau nak tau tak, dulu.. bila orang nak bagi hadiah pada kekasih, orang cakap jangan bagi hadiah kasut, nanti kekasih lari."
"Hah! Aku tak pernah tau pun pasal tu?" Sofia terkejut. Yana yang disangkanya nerd dan alim, tau jugak pasal cintan-cintun nie.
"Apa? Kau ingat aku noob sangat ke?"
"Kau kan ustazah. Aku ingat kau tak layan bendabenda macam nie"
"Dont judge people by their appearance ok. Every person has their own history, but that doesn't  mean they don't have future."

"Oraitt. Aku paham. Jadi, apa kena-mengena dengan hadiahkan kasut dekat kekasih dengan apa yang kau cuba nak sampaikan?"
"Sebab tadi kau mention yang kawan kau tu pernah ikatkan tali kasut kau. Aku teka, mesti kau maksudkan kasut sneakers kau yang dah lama aku tak nampak kau pakai, kan?"

"Kenapa pulak kau cakap macam tu?"

"Sebab kau pernah pijak kaki aku sampai kuku aku lebam pakai kasut tu, memang aku takkan lupa kasut hitam merah kau tu. Tapi dah lama aku tak nampak kau pakai."

"Pandai kau teka. Yup. Memang kasut tu la. Aku sayang nak pakai, risau tali kasut tu terbukak, tu jela kenangan dia yang tinggal. Aku dah lama sangat tak jumpa dia."

"Ke sebenarnya kau takut? Takut sebab bila tali kasut terlerai, kau rasakan macam hubungan kau dengan dia pun terlerai sama?"

Sofia diam. Tak menjawab. Menyedut jus tembikai tanpa memandang Yana. Tanpa sedar, perbuatannya itu seperti menyetujui apa yang Yana baru cakap tadi.

Yana menyambung
"Ini yang aku cuba nak sampaikan, apa signifikan jangan hadiahkan kekasih kasut nanti kekasih lari dengan kes kau nie. Dua-dua nie, adalah kepercayaan karut. Yang pasal kasut tu, kalau dah kekasih nak lari, lari jugak la dia. Dan untuk kes kau nie, tali kasut terlerai tak bermaksud ukhuwwah terlerai. Jangan letakkan nilai ukhuwwah dan ingatan kau tu pada suatu benda yang sementara. Ukhuwwah tu tinggi nilainya. Walaupun kau dah lama tak jumpa dia, kau boleh teruskan doa untuk kesejahteraan dia. Tapi yang penting, ada satu ikatan ni yang kau kena jaga betul-betul. Kalau kau jaga betul-betul, mesti takkan tersadung punya"

"Apa?"

"Ikatan hubungan dengan Allah. Tali kasut terbukak, kau ikat, terbukak lagi. dan macam tu la berulang-ulang. Ikatan hubungan dengan manusia, kejap terlerai, kejap sambung balik. Tapi ikatan hubungan dengan Allah, kau jaga elok, semua ikatan-ikatan lain akan terjaga. Baiknya ALLAh ni, Dia takkan pernah leraikan ikatan tu, walaupun kita nie, kadang-kadang lupakan Dia"

Sofia diam. Yana sambung.

"Jadi kau, kau tak payah risau. Kau doa je pada Dia. InsyaALLAH nanti kau dapat jumpa la kawan kau tu. Kau tak payah nak tunggu kawan kau tu nak ikatkan tali kasut. Aku pun boleh ikatkan tali kasut untuk kau."

"Kau? taknak aku. kau bukan nak ikatkan tali kasut. nanti kau bagi kasut ladies kau tu kat aku. Aku dah paham dah taktik kau."

"tahu takpe. dah jom. malam nie ada meeting. kau tak payah dah pakai kasut tu. pakai je capal. senang!"

"Mengunjing betul kau nie" Sofia geram.

Yana tersenyum lebar.

****************************************************************
Sampai dibilik. Sofia menghempaskan badan ke atas katil. Memandang siling, kipas yang berputar perlahan dan berbunyi-bunyi "Krik.. Krik.." mengisi ruang bilik yang sunyi itu.

Teringat kata-kata tadi.

Tali kasut. Ikatan. Ukhuwwah. Hubungan dengan Allah. Yana nie, banyak betul simbolik dia. Tapi memang betul pun dia cakap. Kalau di fikir secara mendalam, memang ada kaitan.

Awak, si pemilik lesung pipit.. Saya harap awak sihat.Saya harap awak bahagia. Saya harap, kita jumpa lagi.

Sofia bangun dari katil dan membuang pandangan ke luar tingkap. Melihat pokok yang berada di luar. Sofia suka tengok pokok. Bagi Sofia, pokok punya maksud yang tersendiri. Istimewa.

Jam hampir menunjukkan waktu Maghrib hampir tiba. Sofia harus mandi kerana pukul8 malam dia ada meeting untuk program yang akan berlangsung tak lama lagi. Dia membuka pintu almari, seluar slack beserta t-shirt muslimah biru menjadi pilihan. Dia terdiam, terpandang kasut sneakers hitam merah yang di letak elok dalam plastik di penjuru almari.

Sofia tersenyum. Diletakkan semula seluar slack dan t-shirt muslimah tadi. Dicapainya baju kurung ungu yang berona bunga merah dipadankan dengan tudung warna merah, untuk di pakai dengan kasut merah hitam.

Nak datang meeting pakai baju kurung? Mesti semua orang pelik tengok aku nanti. Takpe, aku tak kisah. Yang penting, aku nak pakai kasut nie dengan baju kurung nie jugak. Hati Sofia berbicara sendiri.

Meletakkan ukhuwwah di hati, bukan pada benda. Kerana benda tak kekal, akan hilang. Tapi, jika diletakkan di dalam hati, mana pun kita pergi, ukhuwwah tu tetap ada, walaupun dah lama tak berjumpa.

Persis dengan kata-kata Imam Al-Ghazali,
Ukhuwwah itu bukan terletak pada pertemuan, bukan pada manisnya ucapan di bibir, tetapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya di dalam doanya.

No comments: