ensiyahmuhammad

Saturday, July 20, 2013

Ramadhan Manis

Jalan aku ke depan sana, 
Nampak aku gelap gelita,
Bergantung aku pada si Mahabijaksana, 
Doa aku sebagai kata-kata.


Alhamdulillah.. 

Masih dipanjangkan umur, diberi kesempatan merasai 10 Ramadhan yang sudah berlalu. Dan kini memasuki fasa kedua Ramadhan, dan aku... mohon diberikan lagi kesempatan untuk menghayati Ramadhan sebaiknya. 

Harihari Ramadhan yang aku lalui kali ini, jujur aku katakan.. Ramadhan itu manis. Alhamdulillah, nikmat rasa yang Allah kurniakan, mahu aku junjung sehabis baik. Untuk orangorang seperti aku, yang diuji pada Ramadhan lepas, sangat menghargai datangnya bulan Ramadhan. Alhamdulillah atas ujian.. kini aku betul dapat rasakan.. kemanisan Ramadhan. 

Ramadhan itu punya aura. Aura yang positif. Diikatnya syaitan, tinggal saja nafsu. Lalu, di sini masa yang tepat untuk kita nilai yang selama ini yang menggoda kita itu syaitan atau kita yang gagal mengawal nafsu?

Bila aku duduk seorang diri, banding aku pada Ramadhan tahun lepas, dengan Ramadhan tahun ini, ada satu kerugian yang aku kesalkan. Tapi takpe, sesalan itu aku jadikan sebagai motivasi untuk aku bersemangat Ramadhan ini. 

Untuk istiqamah menunaikan solat terawih.. bukan mudah. Sudah dua tiga kali aku mahu tumbang saja lepas berbuka. Perut kecik yang aku miliki, mudah saja kenyang dengan hanya sebiji kurma, nasi, lauk dan air. Tak perlu juadah lain, dan hingga kini alhamdulillah aku tidak punya keinginan langsung mahu ke bazar ramadhan. Oh mata, sungguh cepat engkau mahu tutup.

Ya, aku mahu maknakan Ramadhan dengan ibadah dan aktiviti yang bermanfaat.. majlis ilmu, membahagiakan orang lain dengan menolong apa sahaja yang aku mampu, mencabar diri sendiri dengan masakan yang entah jadi entah tidak dll.. yang penting... aku mahu khatam. Untuk pelajar seperti aku yang tidak punya komitmen pada perkara lain, melainkan hanya pada program yang sedang dalam persiapan.. aku mahu khatam. untuk banyak masa yang aku ada.. aku mahu khatam.

Biarlah orang kata khatam tanpa faham maksud tak bermakna, suka aku memegang katakata naqibah yang aku rasakan sesuai untuk orang yang tahap pengenalan seperti aku ini. 

"Kita ada 11 bulan untuk fahamkan maksud, jadikan bulan Ramadhan untuk kita baca sebanyak mungkin al-quran kerana bulan Ramadhan adalah bulan yang khusus untuk baca al-Quran"

Entah apa yang aku mahu kongsikan. 

Aku hanya mahu menulis.

Tiap kali engkau datang, 
Banyak yang engkau janjikan,
Mahu saja semua itu aku tatang, 
Bersyarat mesti istiqamah melakukan. 
 
Ya Ramadhan. . .

No comments: