ensiyahmuhammad

Friday, July 26, 2013

baik

"dia baik.. dia lebih layak dengan orang lain"
"aku tak baik.. biarlah dia dengan orang tu. orang tu baik"
"biarlah dia kawan dengan si A, si A tu baik. aku nie apa la"

kata-kata biasa yang selalu dengar orang cakap.
standard.

kalau aku. definisi baik tu luas. 
sebab kita nie bukan maksum. ada sisi putih dan ada sisi hitam.
semua orang baik, dan semua orang juga ada kelemahan/keburukan/aib.

beruntunglah orang cakap kita baik, sebab dia cuma nampak sisi putih kita je.
tapi bagi aku, aku lebih suka orang kenal sisi hitam aku, bukan aku nak semua orang tahu keburukan aku, tak, bak kata pepatah, membuka pekung di dada, membuka aib sendiri.

bukan macam tu. 

aku maksudkan, bila orang kenal sisi hitam aku, lambat laun orang boleh nampak sisi putih aku. dan aku yakin, kalau sisi hitam dia boleh terima, sisi putih, lagi la dia boleh terima.
tapi kalau orang terima aku melalui sisi putih, bila nampak sisi hitam aku. konfem dia lari punya.

dan bila aku dah jumpa orang yang aku dah terima dia... hitam dan putihnya.
confirm aku taknak lepaskan.
walau datang orang yang seribu kali lagi baik dari aku.
baik yang diukur di mata manusia, bukan penentu dia ahli syurga.
jahat yang dinilai pada mata manusia, bukan penentu dia ahli neraka.
dan bahagia.. bukan bermaksud kita takkan pernah ada masalah. 

definisi bahagia untuk aku. meraikan setiap perkara kecil yang datang dengan lapang dada, dengan senyuman. masalah itu perlu sebagai medium untuk kita lebih memahami, lebih menguatkan hubungan bukan sebagai punca meleraikan hubungan. 

kalau kita mengharapkan bila kita bertemu orang yang baik, hidup kita bahagia tanpa duka. tu fantasi zaman kanakkanak je beb. 

perempuan baik untuk lelaki yang baik. Allah dah cakap.

semua orang pun baik.
semua orang pun ada keburukan.

dan kau.. 
apa yang kau nilai sebagai baik?
dan apa yang kau nilai sebagai buruk?

kalau kau rasa diri kau tak baik, tapi orang lain rasa kau baik. 
jadi, apa tanda aras yang kau guna untuk define baik tu macam mana?

sekali lagi aku nak cakap.
semua orang baik.
semua prang ada keburukan 
dan..
semua orang mahukan orang baik untuk dirinya.

bagi aku, 
satu kerugian yang amat besar.
bila kita dah jumpa orang yang kita dah terima hitam putihnya, 
tapi kita lepaskan siasia tanpa usaha, 
dengan alasan, dia deserve someone better.

yang pasti, 
aku takkan lepaskan orang yang aku dah terima hitam putihnya.

melainkan.
lepas aku dah berusaha, dan memang bukan jodoh. 
aku nangis la jap.. (berbulan kot? haha)
tapi nak lepaskan begitu sahaja.
memang takla. 

p/s: mood: tengah geram. 



1 comment:

Mizuno Ami-chan (ZZ) said...

haiii... asyik geram je awak ni.... bawak banyak bersabar ye sayang. in sha Allah next week kita pegi cm sama2 :)