ensiyahmuhammad

Saturday, June 1, 2013

Tradisi 1 : "angkat-angkat"

malam ini, tibatiba sahaja aku rasa nak berkongsi salah satu tradisi dalam masyarakat aku. tradisi yang aku suka, yang duludulu masa kanakkanak, inilah saatsaat yang aku tunggu! hoyeah! hehe

ini dia. 

angkat-angkat tu adalah makanan. haha
selalunya diletakkan dalam talam
tapi ada je yang bagi dalam plastik.
tak kisah pape. janji makanan.
1) Kenapa dinamakan "angkat-angkat"?
Sebab... talam yang penuh makanan di angkat dari rumah sampai la ke surau.

2) Kenapa surau, bukan taman ke dewan ke?
Sebab... selalunya event, buat dekat surau. 

3) Event apa?
Event macam ceramah isra' mikraj. maulidurrasul. Duludulu masa aku kecik, sambutan maulidurrasul kat umah aku sangat meriah! siap sampai 2 malam berturutturut, ada buat pertandingan, nasyid, puisi, tadarus, lakonan, pidato. huu Aku suka zaman nie, sebab aku selalu rasa impress dengan bakat yang tersembunyi. 7 tahun boleh berpidato, walaupun nampak sangat ikut skrip yang ustaz bagi, tapi nada tu ada. hehehe aku pun pernah masuk pidato, tapi aku kekok sket.. (banyak sebenarnya)

4) Sebenarnya, yang no.1 dengan 2.. aku tak tau pun. aku reka je. sebab dari kecik sampailah sekarang. memang tu yang aku nampak. hehehe. Dan aku harap, tradisi nie takkan hilang, sebab masa nielah aku suka tengok. kalau satu keluarga tu pandai buat sate, nanti talam yang di hantar, mesti penuh dengan sate, kalau keluarga tu pandai masak mee goreng, mesti talam ada mee goreng. hee banyak la lagi.

perasan tak banyak pisang? aku pun tak tau kenapa pisang. mak aku pun suka letak pisang. hehe mungkin ada lah tu significant nye. eyh, pisang bagus tau. banyak potassium. :D


No comments: