ensiyahmuhammad

Friday, June 28, 2013

Penantian

"Apa pendapat kau pasal penantian?" Tanya Sarah kepada Zudin.
"Penantian apa?" Zudin bingung.
"Apa-apa sahaja. Bila mana kau perlu menanti atau menunggu sesuatu atau seseorang. Rasanya tetap sama.. kan?" Sarah menerangkan sambil menguis-nguis pasir menggunakan ranting kayu.
"Hmm.. kalau benda.. aku tak kisah. Tapi kalau orang.. sangat menyeksakan." Zudin mengeluh.
"Jadi, kau nak cakap yang penantian itu.. tak best?" Sarah memandang Zudin yang sedang meluruskan kaki dan meletakkan tangan ke belakang.
"Well, like people always said.. penantian itu satu penyeksaan" Zudin mencabut-cabut rumput.
"Hei! Tak baiklah kau cabut-cabut rumput tu. Diorang pun berhak hidup tahu!"
"Hee dah biasa. Sorry. Jadi, kenapa kau tanya aku pasal nie?"
"Ada orang cakap dekat aku.. Penantian itu satu ujian kesabaran."
"Ujian kesabaran?"
"Iya.. Ujian kesabaran"
"Siapa yang cakap dekat kau macam tu?"
"Sibuk je kau nie nak tahu. Adalah" Sarah tersenyum.
"Siapa? Siapa? Ceritalah dekat aku." Zudin mula mendesak.
"Wek! jangan harap aku nak bagitahu. kau tu kecoh!" Sarah menjelirkan lidah.
"Aku potong lidah kau baru tahu. Kau tu kan.. kau takkan tanya sesuatu yang kau tak buat. Jadi kau nak bagitau yang kau tengah dalam penantian la nie?" Zudin mengangkat kening kanan.
"Well, you know me. Macam tu la bestfriend aku" Makin lebar senyuman Sarah.
"Sarah dan bahasa kiasan. Aku dah paham sangat. Jadi, kau menanti apa atau siapa?"
"Siapa" Sarah makin tersengih.
"Tengok muka kau macam tu, aku tau kau mesti taknak cerita punyalah siapa orang yang kau tunggu tu."
"Bijak pun kau! bagus bagus."
"Terima kasih. Penantian itu satu ujian kesabaran... Nice!"

Sarah hanya tersenyum. 

No comments: