ensiyahmuhammad

Tuesday, June 11, 2013

OPA

Sekarang ini, apa yang aku harapkan cuma satu. Bila aku buka mata, aku cuma mahu waktu sudah siang. Akhirakhir ini, aku semakin takut pada waktu malam. terasa waktu malam sangat panjang. Dan malam yang panjang mengundang fikiranfikiran dan kenangankenangan yang tak membantu langsung ketenangan jiwa.

Aku tak tahu kenapa sejak akhirakhir ini, aku gagal kawal emosi. Sangat gagal. Aku mahu bertemu teman-teman, tapi bukan teman sepengajian peringkat ketiga ini. Tidak. Aku tak mahu. Aku mahu bertemu teman-teman sesama sekolah menengah. Tapi masingmasing sudah bekerja dan mahu berkahwin. Aku tidak mahu mengganggu mereka. Tapi aku mahu mereka bersama dengan aku. Tapi aku tak boleh dapatkan keduaduanya, aku harus pilih satu. Dan pastinya aku memilih untuk mereka pentingkan urusan mereka. 

Soalansoalan yang aku berikan kepada seseorang dulu. Sampai kini aku belum dapat jawapan. Hendak kata aku tak mahu jawapan itu, itu tipu. Hendak kata aku masih menunggu jawapan itu, aku tak pasti. Yang aku pasti, aku hanya mahukan keadaan kembali kepada dulu. Doa aku pada tuhan, jika kesalahan terletak pada aku, moga aku cepat sedar dan rajuk aku hilang secepat mungkin. Jika kesalahan terletak pada dia, moga soalansoalan yang dilontarkan dapat jawapan secepat mungkin. Jika kesalahan terletak pada aku dan dia, moga hati kami cepat lembut dan tenang. dan jika kesalahan tidak terletak pada kami berdoa, moga hati tenang, saling memaafkan dan melupakan. Dan untuk aku, secara peribadi, moga rasa malu yang teramat itu hilang dan tenang secepatnya. Aku tak suka keadaan aku begini. Tapi alhamdulillah, dari sini aku belajar sesuatu. Salah satunya, jarakkan diri dari telefon bimbit.

Menuju September 2015 yang gemilang, masih dalam matlamat aku. Walau bukan untuk yang satu itu, moga dapat gemilang di satu lagi. Pastinya, aku belum putus harap untuk dapat kedua-duanya. Yang satu itu masih samar, dan aku tak tahu masih punya ruang dan peluang untuk dinyalakan cahaya. Tapi untuk yang satu lagi ini, aku harap September atau Oktober ini aku dapat jawapan. Atas kuasa doa Allah, tak putusputus aku mohon semoga aku layak dan diterima. Aku sudah bersedia untuk menghadapi segala kepayahan yang bakal terjadi walaupun aku tahu masih ramai lagi pesaingpesaing yang lebih layak. Andai rezeki dah tertulis memang untuk aku, siapa aku untuk menidakkan? Doa dan terus berdoa. Kepada pembaca senyap post ini, tolong doakan juga ya. Walaupun kamu tidak tahu untuk apa, tapi doakan saja supaya aku memperoleh kebaikan. InsyaALLAH, kalau aku dapat apa yang aku mahu. Pastinya aku akan khabarkan di sini. Jika aku senyap, fahamfaham lah saja. hehe

Untuk postpost yang emosi sebelum ini, aku tidak mahu delete. Walau aku tahu itu tidak memberikan reputasi yang baik untuk imej aku, tapi sekurangkurangnya kalian tahu yang aku ini manusia dan punya perasaan marah. Anggap itu satu tips bagaimana mahu melayan aku bila aku marah. Aku cepat marah, tapi aku cepat sejuk jika kena pada caranya. Tapi tak kena caranya, memang lama lah aku sejuk. Tapi selalunya, aku marah memang tak lama, sebab bosan marah lamalama ni. Tak best. 

Aku sangat berdoa mood aku kembali normal. Aku harap, bila aku tidur sebentar nanti dan bangun, aku punya semangat diri. 
1) semangat bertabah kemas bilik sendirian, tanpa rungutan dan berdoa agar abang dapat ambil barangbarang tersebut.
2) memikirkan sesuatu yang dapat aku berikan pada kakak tanpa aku perlu membelinya. oh, di kala duitduit ketandusan begini, aku pun tidak tahu apa yang mahu diberi. 
3) urusan program CONVEST berjalan dengan lancar. dalam banyakbanyak fasa... fasa inilah yang paling mencabar kerana bermula dengan sesuatu yang kosong perlu menggunakan banyak tenaga otak. 
4) aku mahu senyuman aku semula. senyuman yang ikhlas tulus dari hati. aku tidak mahu muka aku cepat berkerut. hee


 akhirkakhir ini juga, teman terbaik aku, OPA. err, aku tak tonton sangat cerita korea. OPA tu.. OP, Optimus Prime, A pula, alien. hehe 

Optimus Prime = laptop
Alien = motor

sangat tak feminin namanama tersebut. tapi, macho kan? hehe

Dah alangalang post nie sangatlah panjang, takpe. aku panjang kan lagi. mari aku kenalkan kepada anakanak aku. heeee 

anakanak buah dan anak saudara. 

oh kejap, mahu buat klarifikasi. kalau dengan aku, bila aku kata, anak buah.. aku merujuk kepada anak daripada adik beradik kandung aku. kalau aku sebut anak saudara, aku merujuk kepada anak daripada sepupusepupu aku. Bukan apa, pernah aku berborak dengan seorang kawan, aku asyik sebut anak buah dan dia sebut anak saudara. tapi, apa yang kami borakkan benda yang sama, anak kepada abang. hehee 

inilah generasi yang bakal mewarisi selepas generasi aku, rasanya, jika aku kirakira,
ini generasi ketiga. hehe takpe, nanti anak aku bakal join the group. :D

ini bukan anak buah atau anak saudara aku.
ini adik and anak Fatin.
comel. aku rindu nak berbual dengan Nia

Dhiya Nurasyikin.
anak buah kedua aku.
jarang aku berbicara pasal dia.
takpe, tunggu satu post khas! hehe

memandangkan jarang berbicara pasal dia.
nah! aku bagi lagi ragam dia.
dan lagi. hehe
nie gamba favourite aku. :D

ok nie last. hehe
tengok gambar dia nie.
teringat kakak aku masa kecik.
kakak aku dulu tembam. dalam keluarga aku,
aku seorang je yang dari dulu sampai sekarang.
tak pernah tembam. hihi

Sebenarnya, ada satu lagi gambar yang aku mahu letakkan di sini. tapi aku segan. takpela, aku simpan saja gambar anak kecil tersebut untuk tatapan peribadi aku. :)

ok lah. ayuh tidur!

1 comment:

sitihalisa said...

alololo anak ummi.