ensiyahmuhammad

Saturday, June 15, 2013

Minat Aku

Aku suka tengok kartun, walaupun aku tahu kartun hanyalah cerita rekaan sahaja dan kartun sangat sinonim dengan kanakkanak. Aku pun tak faham kenapa kartun mesti dikaitkan dengan kanakkanak. Sedangkan bagi aku, kebanyakan kartun ada banyak mesej yang ingin disampaikan, terutamanya nilainilai murni.

Kadangkadang aku rasa, lagi banyak faedah aku tengok kartun dari aku tengok cerita manusia yang selalunya aku rasa macam tiada nilai murni, tiada mesej yang jelas, sering mengeksploitasi tubuh perempuan sebagai penarik dan lainlain lagi. 

Tapi, aku tidak lah mengatakan yang semua kartun itu bagus dan semua cerita manusia itu tidak bagus. yang penting, kena pandai pilih. Contohnya macam ceritacerita karya Habiburrahman El Shirazy yang aku kagumi seperti Ketika Cinta Bertasbih, Hafalan Solat Delisa (sekadar menyebut beberapa tajuk) yang jelas memberikan mesej tentang Islam dan tidak menunjukkan aksiaksi yang bertentangan dengan Islam. Ceritacerita seperti ini yang menunjukkan akhlakakhlak sangat digalakkan untuk ditonton.


 
Wall E
Wall E. Aku menangis ketika menonton cerita ini. Aku pun tidak ingat mengapa, mungkin terharu melihat sang robot yang sepatutnya tidak mempunyai hati nurani tapi masih kenal erti kasih sayang. Sekali diingatkan, aku sedar cerita kartun hanya rekaan sahaja. Apa yang aku mahu tekankan di sini adalah mesej yang ingin disampaikan dalam cerita ini iaitu sayangi alam sekitar dan erti saling menghargai. Satu nilai yang manusia sering alpa. 

Kacang lupakan kulit. Itulah peribahasa yang sering digunakan untuk menggambarkan betapa manusia nie sering lupa akan asalusul/jasa orang lain pada dia.


Up!

Salah satu cerita yang aku suka juga adalah Up!. Kisah di mana seorang lelaki tua yang sudah kehilangan isteri dan ingin menunaikan impian isterinya. Aku suka melihat bagaimana mereka sangat bekerjsama dalam meladeni rumah tangga. Iya, aku tahu rumahtangga itu tak semuanya indahindah belaka. Tapi, aku sangat suka pada kesetiaan yang mereka tunjukkan. 

Tak semua perkara itu baik sahaja, dan tak semua perkara itu buruk sahaja. Dalam kartun atau apa pun sahaja perkara, kita boleh memandang yang baik dan yang buruk, Dan entah bila dan di mana aku seperti pernah membaca ayat yang sepertinya mengatakan.. "apa pun pandangan kita pada orang, sebenarnya itulah diri kita". Mungkin ayat ini perlu dikupas dengan lebih lanjut. tapi apa yang aku ingin sampaikan, jika kita memandang buruk orang/perkara lain, sebenarnya itulah diri kita. 

contoh, bila mengatakan...
"aku tak sukalah artis tu. bajet. jual muka je lebih. tapi berlakon bukan pandai pun"
sepertinya kita sedang berkata
 "aku memang bajet pun. selalu tayang muka je sebab aku memang tak pandai berlakon. sebab tu lah orang tak suka aku"

*akhirakhir ini, aku suka bertanggapan buruk pada orang. tanda hati makin kotor. aku kena bersihkan segera.*

Sedangkan pada diri syaitan yang dilaknat oleh Allah pun kita masih boleh mencontohi satu perkara, iaitu... Sifat tidak putus asa. Cumanya, sifat tidak putus asa si syaitan digunakan untuk menyesatkan umat Islam. Jadi, untuk kita, umat Islam... kita juga perlu menjadi macam syaitan. Tidak putus asa untuk meminta keampunan dan rahmatNya. 

:)

No comments: