ensiyahmuhammad

Wednesday, June 26, 2013

Masak.

"Tak Sedap!"

Sentap hati aku. 

itulah kali pertama dan terakhir aku teruja habishabisan nak bagi orang rasa apa yang aku masak. lepas tu, memang bertahuntahun aku tinggalkan dapur. Masuk dapur sebab nak masak megi atau didihkan air je. takpun tolong mak tumbuktumbuk rempah. itu jela. nak goreng ikan ke, nak masak nasi goreng ke. serius aku tak reti. hatta, masak telur pun hangus. 

nampak tak betapa kuatnya kesan "Tak Sedap!" tu pada aku? Sampai sekarang aku ingat lagi rupa dan reaksi dia. nak cakap memang aku dah hilang semangat nak memasak, totally. Kalau keluarga sendiri yang komen kata tak sedap ke, kurang itu kurang ini.. aku tak kisah. Serius aku tak kisah.. biasalah dalam adikberadik, air dicincang takkan putus. hahaha tapi nie disebabkan orang luar yang cakap. terus sentap terlebihlebih.

aku tak ingat bila aku mula masuk dapur balik. tapi, kalau aku masak pun. aku bagi keluarga je rasa. orang luar.. sorry.

tapi entah kenapa. minggu nie.. aku rajin pulak hari ini nak masak itu. esok nak masak ini. nak cuba buat itu, nak cuba buat ini. mungkin sebab kakak aku pun asyik masakmasak, aku pun jadi termotivasi sama nak masakmasak jugak. 

dari satu sudut, oklah aku dah mula berjinakjinak nak memasak. walaupun aku masih trauma nak masak lauk. tapi sekurangkurangnya perlahanlahan aku mula belajar. mungkin satu hari nanti aku berjaya jugak masak lauk. 

dulu.. aku pernah buat kek batik. tapi tak jadi. aku cakap la kat kawan aku yang aku buat kek batik tak jadi. lepas tu kawan aku gelak. dia cakap.. "haha apa la. kek batik punya senang tu pun tak jadi buat" tapi masa tu aku kecik lagi. takdelah rasa nak sentap sangat. aku senyum jela. tapi terasa kot.

semalam.. aku buat kek batik lagi. masa gaul coklat tu.. ok.. tapi aku fail bab nak susunsusun biskut tu. dah seperti yang dijangka. i've screwed it up. rasa nak buang je masuk tong sampah. tapi memandangkan coklat tu pekat. aku tak jadi buang. aku masukkan jugak dalam fridge. tapi masa tu aku dah down dah. Aku mesej Fada. aku cakap.. "kenapa.. tiap kali bila orang kata senang, yang tu lah yang en tak boleh buat".

Fada cakap.. 
"Hahaha. itulah lumrah hidup. Kalau semua benda awak boleh buat, kelebihan apa yang tinggal kat orang lain bagi nak lengkapkan hidup awak? :p"

aku lupa. 

aku lupa hidup nie perlu saling melengkapi. jadi sepatutnya aku tak takut kalau masakan aku tak menjadi ataupun tak mencapai rasa yang aku bayangkan. 

bila lepas masak. aku sangat risau nak rasa masakan aku sendiri. jadi apa yang aku buat. aku bagi mak dulu rasa. abg wiwi n adik aku. hehe 

Mungkin sejak dari semalam.. aku dah mula yakin kot nak belajar masak nie lagi. ada satu benda yang aku cuba nak buat. khas untuk orang yang bersabar dengan aku sejak akhirakhir ini. aku bukan tak sedar perangai aku yang sangat menjengkelkan. aku sedar. hehe kalau dah dapat resipi.. baru aku buat. :D

serius aku teringin nak ada suami yang bila aku masak atau bila aku cuba nak masakan baru, dia ada dengan aku. 
bila masakan aku tak jadi. dia tak marah. tapi motivate aku untuk cuba lagi. bukan dengan kutukan "apa la. ini pun tak reti"
"apa nie. masin je. mata tu reti ke tak mana satu gula mana satu garam?"
dua katakata di atas, walaupun tidak disertakan dengan intonasi suara yang tinggi. cukup nak menghiris luka yang dalam kat hati.

dan untuk mencari suami romantik yang ada pada Rasulullah... bukan senang. 

Ini satu kisah teladan..

Pada suatu hari, Saidatina Aisyah memasak sup untuk baginda Rasulullah s.a.w. Setelah siap memasak, beliau pun memanggil Rasulullah .s.a.w untuk makan. Kemudian apabila Rasulullah s.a.w menghirup sup itu, baginda mendapati bahawa sup yang isterinya buat itu terlebih masin. Maka baginda tersenyum kepada isterinya, kemudian baginda berkata: wahai Aisyah, ingatkah kau semasa kita baru berkahwin dahulu? Pada waktu itu kita saling suap-menyuap semasa makan.

Maka Aisyah mengangguk tanda beliau masih ingat. Kemudian baginda berkata lagi: Mahukah kau jika kita mengulangi peristiwa itu? Lalu Aisyah mengagguk tanda bersetuju. Maka baginda berkata: dahulu, kau yang menyuap aku dahulu. kali ini, biar aku pula yang menyuapmu terlebih dahulu. Aisyah bersetuju dan beliau pun duduk di sisi suaminya. Setelah baginda menyuapkan sup itu di mulutnya, barulah Aisyah menyedari bahawa sup yang dimasaknya itu terlebih masin. Beliau meminta maaf daripada Rasulullah s.a.w. Baginda hanya tersenyum.

Baginda hanya tersenyum...

memang Rasulullah model yang terbaik. :)

No comments: