ensiyahmuhammad

Saturday, June 1, 2013

luahan tetiba.

Bagi aku Fb dah macam kita punya "resume". Tanpa kita sedar atau tak, Fb la tempat favourite orang nak tengok peribadi kita, dengan sapa kita berkawan, macam mana kita berborak, apa yang kita borakkan, aktiviti apa yang kita suka buat. semua la. 

Kadangkadang aku pandang FB, aku fikir je, agakagak kalau aku nak kawen nanti, sekali keluarga orang belah sana, stalk FB aku dari saat mula aku join Fb sampaila yang current nie, fuh! kalau post yang baikbaik je. takpe lagi. kalau post yang berbaur emosi berlebihan? tak pasalpasal je dapat imej buruk. tu tak kira lagi gambar yang tah pape dengan muka yang layak mintak kaki. 

tapi, Fb nie takde la bawak keburukan sangat. Papehal, semua bergantung macam mana kita manfaatkan Fb nie. Fb kalau digunankan untuk kebaikan, memang sangat bagus. aku tak nafikan tu. Kat Fb la kita nak tahu recent news pasal kawankawan kita. aku tak maksudkan pasal stalk, tapi macam beritaberita tunang, kahwin, anak dll. share link kotkot ada kerja kosong ke. 

FB nie ok je sebenarnya. Tapi, tolonglah jangan post sesuatu yang memalukan diri. dan aku rasa tak perlu kot aku bagi contoh apa yang dimaksudkan dengan post yang memalukan diri.

dan dalam FB jugak, boleh berkomunikasi, jumpa balek kawankawan lama. ucapkan tahniah atas kegembiraan diorang, contoh

"Tahniah dapa anak kembar!"
"Selamat pengantin baru!"

dan kawan kita boleh komen or like status tu. 

tapi aku rasa tak patut bila ada orang post macam nie, 

"Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman"

pada wall orang yang dah meninggal dunia. 

*serius aku pernah nampak orang post macam nie. aku tak tau penerimaan orang lain macam mana. tapi bagi pendapat peribadi aku. aku takley terima.*

kau expect apa? nak arwah like and komen post tu? hohoho

dan aku tak nafikan jugak, status yang kita guna kat FB, boleh influence orang nak dekat dengan kita. let say, kat status orang tu, kau nampak "engaged", mesti kau ingat dah berpunya. walaupun kau tak tau perkara sebenar unless kau tanya sendiri, tapi sedikit sebanyak mesti kau ada rasa takuttakut punya la nak dekat. 

aku pernah cuba nak deactivated Fb. dan hidup tanpa Fb. 

aku boleh je. tak mati pun. siyes

tapi, itu menyukarkan komunikasi dan memudaratkan perjalanan sesuatu kerja. let say kalau aktif dalam persatuan or dalam proses utk jalankan satu program di mana FB merupakan satu medium untuk berkomunikasi. jadi Fb itu perlu. 

dan untuk aku yang tengah dalam program. aku perlukan Fb untuk berkomunikasi. 

tapi sejak akhirakhir ini, aku dalam proses membasmi gambargambar yang aku menampakkan aurat dan muka yang mintak tapak kaki serta status yang menggelikan aku sendiri. hahahahahaa

nampak tak aku nak jadi matang? heeeeeeeeeeeeeeeeeeeee

p/s: oh awak. tahniah! awak nak kahwin dah. 8 jun 2013. betulbetul saya habis paper final. nak inbox cakap tahniah, malu.......................... jadi saya wish kat sini je. semoga jadi isteri yang solehah ye! :D

No comments: