ensiyahmuhammad

Friday, June 28, 2013

Lelaki

Melati dan Bunga sedang berjalanjalan di sebuah taman. Mereka baru sahaja lepas bersenam. Berlari satu taman untuk Bunga memang mustahil kerana dia mempunyai asma, sukar untuk dia berlari. Jadi mereka hanya bersenam ringan, renggangkan otot-otot pada hujung minggu. 

Melati berjalan ke arah tasik. Lalu dia melabuhkan punggung di atas rumput dan menjulur kaki, kedua-dua tangan di letakkan di belakang. Bunga yang ketika itu sedang leka bermain _____, berhenti dan menuju ke arah Melati. 

"Putih-putih melati, merah-merah delima, siapa yang baik hati, Melati ku tercintaaaaaaa" Bunga menyanyikan lagu Putih-Putih Melati daripada kumpulan ST12. Melati tersenyum, terpamer barisan giginya yang cantik tersusun. "Ati rasa lirik belakang Bunga tu salah.." kata Melati sambil menaikkan lutut dan melabuhkan dagunya di antara lutut yang rapat. "Ehem.. biarlah.. Bunga yang nyanyi.. mestilah berbunga-bunga sikit. Ati tak suka ke?" kata Bunga sambil tersengih-sengih dan duduk bersila di sebelah Melati. 

"Taklah.. mana ada Ati tak suka. Mestilah Ati suka, Bunga nyanyi untuk Ati.. tapi....... hee" Melati memandang Bunga dengan senyuman penuh makna. 
"Uhh.. I hate that looks. Stop it. I know what you wanna say"
"Apa? Ati tak cakap habis pun..."
"Memanglah Ati tak cakap. Tapi Bunga tahu apa yang Ati nak cakap"
"Hehe yeke Bunga tahu? Cuba teka..." Melati melirik manja.
"Ati nak cakap suara Bunga tak sedap!! Kan...?" Bunga memuncungkan mulut.
"Hehe salah" Makin lebar senyuman Melati
"Yeke salah? dah tu apa?" Bunga tertanya-tanya.
"Hehe tak nak teka lagi..?" 
"Taknak taknak." Bunga menggeleng-geleng. 
"Ok. Baiklah... Ati nak cakap yang..." Melati sengaja cakap lambat-lambat.
"Yang?" Bunga tidak sabar.
"Lagi sedap kalau Bunga buatkan satu puisi untuk Ati. Bunga kan pandai buat puisi. Lagu Putih-Putih Melati tu dah tak istimewa sebab semua orang nyanyi lagu yang sama. Tapi, kalau Bunga buat puisi yang berbunga-bunga untuk Ati. Lagi lah hati Ati berbunga-bunga!!!" 
"Haha Melati Rumaisya.. kamu ni.. ada ada saja" sambil Bunga membuat aksi ingin mencubit lengan Melati.
"Jangan Jangan.. Bunga cubit sakitttt" bersungguh-sungguh Melati melarikan lengannya dari jadi mangsa cubitan Bunga.
"Bunga main-main je lah Ati. Tak buat betul-betul pun." senyum Bunga.
Mereka sama-sama gelak.

No comments: