ensiyahmuhammad

Wednesday, June 19, 2013

Lawatan AdikAdik! :D

Alhamdulillah, hari nie join program Lawatan Sambil Belajar dengan adikadik SK Saujana Utama. Nie kerjasama kali keempat antara UIAM dengan SK Saujana Utama. Harapnya dengan kerjasama yang berulangkali ini, pihak sekolah berpuas hatilah dengan layanan kami. 


Tapi tahun nie yang paling hebat sambutannya. 160 orang dan 16 cikgu. Memandangkan sekarang ini cuti semester, jadi tak ramai orang ada di UIAM. Hanya kami berempat sebagai fasi. Aku, Masaida, Along dan Abg Yazid. sangatlah menguji kesabaran. 

Tapi apa pun, alhamdulillah. Program dah berjaya terlaksana. semoga adikadik mendapat semangat nak belajar dengan tekun!

No comments: