ensiyahmuhammad

Saturday, June 15, 2013

Kembang

Pernah seketika, sebelum aku meninggalkan Kuala Lumpur untuk keluar pergi ke program tujuh hari, aku keluar bersama dengan seorang teman ke pusat membelibelah. Kami hanya bermain bowling, tetapi entah kenapa ketika itu aku mahu sesuatu tetapi aku tidak beritahu kawan tersebut. Kebetulan, ketikan jalanjalan, aku nampak apa yang aku mahukan. Terus aku pergi, pilih dan bayar. 

Aku belikan diri aku sendiri sekuntum bunga. Bunga mawar merah. Aku ambil yang masih berbalut, yang masih belum mengembang. Mengikut pengalaman aku, kelopak bunga akan kembang bila di buka pembalutnya. Jadi, sepanjang berada di pusat membelibelah tersebut, aku biarkan saja pembalut.

Sampai saja di rumah, kreatif tak kreaif jugak lah aku nie, hehe. . . Aku ambil botol kaca yang bekas minuman Vsoy tu. Aku buang label, aku letakkan bulatbulat kecil (aku tak tahu nama dia apa, yang aku tahu, benda tu bulatbulat kecik dan berwarnawarni, bila letak air, nanti dia mengembang) dan aku letak air. Aku buka pembalut pada bunga, dan aku masukkan dalam bekas kaca. 

Dan aku harap, bila aku kembali dari program tujuh hari, aku ada dua jangkaan, sama ada bunga tersebut akan kembang sekembangkembangnya atau bunga tersebut akan layu. Iya lah, bunga tak tahan lama berharihari kan...

Tapi, selepas seminggu, apa yang aku sangka kan... meleset. Keduadua jangkaan aku salah. Bila aku pulang, aku tengok bunga tersebut masih sama saja keadaannya macam aku tinggalkan dia dulu. Warna tak bertukar, kelopak nya tak berkembang, tak layu tapi takde lah nampak segar sangat. Aku tak paham kenapa. 

Aku tunggu lagi beberapa hari. Pun begitu juga. 

Sedikit sedih, sebab aku nak tengok bunga mawarku berkembang mekar indah di botol kaca ku itu. :(

Aku tak ingat entah bila, tapi lama la juga. Barulah bunga tersebut menunjukkan tandatanda lanjut usia, layu dan kering. Dan sampai sekarang, bunga itu masih setia di dalam botol kaca itu.Sangat kering dan mereput. Tapi entah kenapa, aku tiada hati nak membuang bunga tersebut begitu sahaja walaupun bunga itu tiada signifikan apaapa pada aku. 

Sekarang, aku sedang berkirakira mahu membeli bunga yang baru untuk menggantikan tempat si bunga lama. Tapi terselit sedikit kerisauan, adakah aku bakal kecewa lagi tidak melihat bunga itu kembang mekar? nak beli yang dah tersedia kembang aku tidak mahu. 

Fikir sejenak. 

Masa tingkatan dua dahulu, bila tiba Oral Speaking, tajuk yang aku sampaikan di hadapan guru adalah berkenaan dengan bunga mawar, signifikan setiap warna, entahlah betul ke tidak, aku pun ambil dari internet sahaja. :) Adalah sikit yang aku ingat apa yang aku cakap, aku cakap, ros merah tanda cinta, ros kuning tanda persahabatan, ros putih tanda kesucian, lepas tu, aku tak ingat dah. 

Tapi bila aku google jap tadi, nampaknya ada blogger lain yang bagi lebih detail pasal makna di sebalik warna bunga mawar. 

tekan sini dan sini.

Aku tak delah percaya sangat dengan maksudmaksud nie, cuma yang aku tahu, manamana warna yang susah dapat macam biru, ungu, warna tulah yang aku nak, sebab warnawarna macam tu susah dapat, sebab itu warna kacukan. Lain dengan warna putih, merah, itu memang warna asal. Kalau bunga mawar campuran ungu dan biru dan tengahnya ada tiga kuntum bunga mawar warna merah jambu, aku rasa mesti cantik. walaupun aku tak pernah tengok lagi jambakan bunga yang macam tu. hehe

Sekadar hiasan.
Aku suka design yang bulat macam nie :)





No comments: