ensiyahmuhammad

Monday, June 17, 2013

ini hari

Aku cuma nak bercerita. Panjang.. memang itu tujuannya. :)

Sekarang jerebu, tapi aku rasa macam tak jerebu sangat je dekat Kuala Lumpur nie. Mengikut laporan ikut yang terkini, nampanya Melaka mengalami IPO yang paling tinggi, (sumber). Kenapa tibatiba aku prihatin pasal jerebu nie.. sebab petang tadi dalam lepas asar.. aku teman kawan aku pergi salon, dia nak potong rambut. lepas tu, tukang gunting rambut tu sangatlah ramah berceloteh..

"u tahu.. i baru balik dari melaka semalam. kat sana jerebu sangatlah teruk. sampai i tak nampak apaapa tau.blablabla"

Automatik aku teringat dekat abang Safwan, abg kembar aku. (yeah! aku ada kembar. jangan tak tahu). Dia kan kerja dekat Melaka. Jadi untuk abang Safwan, sebagai orang dewasa yang dah nak kahwin dah, sila lah ambil langkah-langkah pencegahan yang perlu. Jangn keluar rumah jika tak perlu dan pakai lah topeng muka kalau perlu. Bulan September dah nak dekat nie, saya nak hadiah. *tetiba. sangat tak berkaitan*

Tapi sebenarnya, hari ku tidak bermula ketika petang ye. hoho

Hari ku bermula bila dapat mesej dari Cik Zee kita mengatakan yang dia puasa tapi tak sahur dan dia ada perancangan nak mekap untuk customer pertama dia di Pahang nanti. Jap sebelum tu, malam semalam dengan sungguh keterujaan dia bagitahu dia dah dapa set mekap yang sangat WOW! tu. hehe  Dia suruh online kalau nak tengok. Aku pun semangat lah online! hehe. 

Semenjak ada whatsapp dekat laptop nie. On on laptop je, benda pertama yang aku buat, aku on whatsapp dululah. Lepas tu, banyaklah bunyi yang comelcomel keluar. hehe Aku suka bunyi tu, tapi aku tak tahu macam mana nak buat kesan bunyi tu. hihihi

Jadi whatsapp yang aku dapat. dari Ika yang hantar gambar yang sangat banyak dan mengundang kelaparan di pagi hari sebab dia hantar gambar makanan dekat Indonesia, sebab dia sekarang dekat Indonesia, KAED lah katakan~~~~ Lepas tu dari Along dengan Abang Yazid. Lepas tu ada seorang yang tak dikenali hantar gambar Kaabah. Aku pun dengan sopannnya tanya..

"salam.. nie siapa ye?"

 Tapi tak berjawab. huhu Takpelahh.. biarkan saja dia si misteri itu. hee

Jadi teruskan dengan Cik Zee ye.
Zimah pun tunjuk lah gambar mata yang dia nak buat tu. Eh, silap silap. bukan Zimah, Cik Zee. hee
Oh, nak tahu apa respon aku masa tengok set mekap yang sangat cantik tu..? huhu


*bersambung*
*

*
http://www.blogger.com/blogger.g?blogID=7261393236400259176#editor/target=post;postID=1259877863482210574;onPublishedMenu=allposts;onClosedMenu=allposts;postNum=0;src=link
*

*

*

*

*

*Baiklah.. sambungan diteruskan setelah iklan selama lebih kurang sejam lebih la jugak. Aku pergi buat rutin setiap kali cuti semester. tapi amat mengagumkan nampak rutin setiap cuti semester nie mengambil masa beberapa jam saja. selalunya beberapa hari. hehe*


Sedang saya leka bercerita dengan Cik Zee di inbox fb, tetiba saya dapat whatsapp dari seseorang lah. Ehem. Fikir dan fikir, nak balas ke tak. nak balas ke tak. nak balas ke tak. akhirnya aku fikir,

"erm.. balas sekarang ke, balas minggu depan ke, tak balas langsung ke, sama je. Mesti lepas tu dah tak balas dah.. hoho takpe, biar dulu, kita balas kemudiankemudian"

Kita teruskan saja perbualan dengan Cik Zee. Tibatiba sahaja aku bangkitkan isu pelaburan emas. hehe Entah kenapa, sekarang aku berminat nak buat pelaburan emas, cuma duit belum cukup lagi. Tapi aku yakin, pelaburan ni sangat menguntungkan. Bukan sekarang ya pastinya, untuk anak cucu aku nanti. Aku kena fikir untuk 10 tahun akan datang, sebab sekarang pun nak beli rumah dah susah, nanti bila zaman anak cucu aku lagi lah susah. Huhu Aku taknak anakanak aku jadi nasib sama macam aku.. belum habis belajar lagi dah menanggung beban hutang. hoho

Ehem. kita teruskan dengan Cik Zee ye.

Kerana keterujaan yang terlebihlebih, pukul11 aku pun pergi lah ke rumah cik Zee nie. hehe Nak rasmikan mekap baru. hehehee

Sejam...

Dua jam....

Fuhh! mengantuk. Cerpen "Manifesto Mergastua" pun dah lama aku habis baca. hehe

Hasilnya?

Aku tunjuk sikit je.

nampak sangat terang muka ku yang di belah kanan itu. huhu
 *mesti ada yang download gambar nie masuk henpon. hoho*

Gambar Gamabr laen aku tak tunjuk. yang itu.. rahsia kami berdua. hehehee

Ada lagi satu gambar yang aku suka. tapi aku segan pulak nak letak gambar banyakbanyak. hehe

Lepas dah bermekap dengan Cik Zee. barulah aku pergi teman kawan aku pergi salon seperti cerita di atas tadi. huhu

Ehem. nak tahu. aku buat aiskrim jagung. tekstur dia takdelah macam beli aiskrim wall's dekat pasaraya. tapi rasa itu ada la. aku ingat lepas nie nak buat perasa oreo pulak. tapi aku nak tambah ovellete. biar tekstur lembut sikit. mak aku pun suka.

ehem. cantik jugak aku, boleh jadi model, pandai masak lagi. bertuah sapa dapat aku. -----> ini ayat sarkastik. haha

bila malam sikit, aku balas whatsapp seseorang tu, dengan ":)"

dan seperti yang dijangka, dia takkan balas dah lepas tu.

Takpe, aku sabar. :)

1 comment:

Zimah Zaiwani said...

x sabar nak tunggu sambungannya :)