ensiyahmuhammad

Saturday, June 15, 2013

Hari Bapa . . .

Hari nie Hari Bapa ke? Memang saban tahun aku tak pernah nak ingat Hari Ibu ke Hari Bapa ke sebab bukan tradisi dalam keluarga aku nak sambutsambut harihari macam nie. Hari jadi iye. hehe 

15 Jun 2013, yang aku tahu hari nie hari jadi kakak aku. Tapi kami sekeluarga sambut semalam. Iyelah, masingmasing kerja bukan cuti Sabtu Ahad. Jadi kena ambil masa yang semuanya boleh. Kebetulan aku pun cuti semester.

Kakak, Abang, Azam dan Dhiya

Gurls in the House hehe
Mak tiada dalam gambar.
Sebelum mulakan majlis, Abang baca doa dulu.

Hah tu dia... ada mak kat gambar atas, tengah.
Mak datang lambat sikit. jadi majlis mula lepas mak dengan
mak mertua abang kiki sampai. Ayah mertua kakak tak dapat
datang sebab pergi pengajian dekat masjid.

Untuk sambutan Hari Bapa... sangat tak berbaloi bagi hadiah dalam bentuk barangan sebab aku tahu apa yang bapak aku nak, doa dan anakanak dia buat amal kebaikan. :D

Al-fatihah dan Yassin. :)

No comments: