ensiyahmuhammad

Monday, June 10, 2013

haha

"Fatah, mengapa kau bawa kereta seperti siput? Bila kita hendak sampai?" serga Suhardi sambil matanya memandang pakcik penjual aiskrim yang semakin jauh meninggalkan mereka. 

"Aku mahu menikmati saat yang paling indah dalam hidup aku," balas Fatah tersenyum. Kata-kata Edrina yang hanya dua patah itu terus bergema dalam kepalanya. 

Rusdan pula menggaru-garu kepalanya lalu berkata, "Aku memang kagum dan hairan dengan kau. Baru kenal sehari sudah berani melamar. Betul-betul kagum dan hairan. Tetapi aku lebih kagum dan hairan dengan pakcik yang jual aiskrim itu sebab berjaya potong kita."

























sebelum itu...

"Saya sanggup. Mereka berdua akan saya anggap sebagai ibu bapa saya. Saya janji," kata Fatah dengan nada dan mimik wajah yang cukup yakin sebelum menyambung, "Jadi, awak terima lamaran saya?"

Edrina memejamkan matanya dan perlahan-lahan air bening menitis daripada pelupuk matanya, laju merentasi pipinya yang berair dan merah, Edrina kemudiannya perlahan-lahan membuka matanya lalu berkata, "Saya terima." 

- Kita Hanya di Seberang Jalan. 

bahagian kecil ini, mampu buat mood aku ok. tergelakgelak aku. haha

No comments: