ensiyahmuhammad

Sunday, June 9, 2013

...........gelak ketawa

Aku tak tinggi dan aku tak pendek. Aku ada dua mata, satu hidung, satu mulut, dua kaki, dua tangan, rambut yang masih cukup, kulit yang cukup gelap cerah... disimpulkan, sempurna. Ciptaan Allah mana ada yang tak sempurna, kan? Walau tak berapa nak ayu, tak berapa nak sopan, tak berapa nak gelak tertawa tersipusipu, tak jalan kepitkepit, dan diberikan nama yang sangat macho, unik dan tiada pada orang lain, aku seorang perempuan. 

Standard budak umur 7 tahun, masuk sekolah rendah, tak masuk sekolah agama, tapi dapat pendidikan agama dekat surau berdekatan dengan rumah, ingat lagi masa mengajimengaji dulu. Rasanya setiap malam selasa, pengajian sirah, aku suka. Memang semangat tak hengat bila ustaz dah mula buat kuiz, siap ada buku lagi salin soalan dengan jawapan. Dan soalan favourite aku, 

"Siapa nama adik NabiYusof?"
"BUNYAMIN!!"

Yeah! aku jawab dengan penuh semangat, bangga dan gumbira di hati berbungabunga sebab masa tu, semua orang diam, semua orang tak ingat. hahahaha nampak tak nampak tak betapa aku hepy sampai kejadian umur 8 tahun tu aku ingat sampai sekarang. hahaha serius aku suka. sebab masa pengajian sirah nie lah tempat aku paling menonjol. 

tapi, bila setiap malam rabu, ustaz takde la nak ajar "ok. hari nie kita buat khat nasakh", "hari nie belajar khat thulukh", tak. ustaz tak ajar khat macam tu. apa yang ustaz buat... ustaz tulis kat papan hitam kat depan, tak kisahlah perkataan biasa je ke, ayat alquran ke.. then ustaz suruh kitorang tulis ikut suka hati, janji ada rupa khat. hehe 

ada yang pakai dua batang pensil, di ikat. ada yang pakai pensil yang dihiris dengan pisau pastu disengetkan potongan kat depan. aku pakai yang jenis kedua, itu pun selalu patah. bila patah, mula panggil abg aku suruh hiriskan yang baru. masa pengajian khat macam nie, haaa... masa nie la yang aku tak suka nie. sebab....................... masa niela nampak betapa kat kreatifnya aku. hoho 

mana tak nya, masa nie la semua orang keluarkan segala perkakas. pen warna warni, sticker comelcomel, pensil warna, krayon. huhu selalunya, sebab nie khat bebas. jadi ustaz memang suka kitorang buat corakcorak. oleh kerana aku, tangan sangatlah kaku dulu (sampai sekarang pun), jadi, memang hasil khat aku mesti yang paling tak cantik la. hahaha. kitorang ada satu buku untuk khat nie, tak kisahlah nak jenis macam mana. ustaz selalu bagi markah dalam bentuk peratus. kalau minggu lepas dapat 78%, minggu nie dapat 80% pastu minggu depannya lagi tetiba turun 75% pastu minggu depannya pulak naik 85%. wahhhhh. dah suka dah. kalau dapat 80% ke atas dah bangga la. konon konon, dapat A. padahal, ustaz main letak ikut suka je, mana nak tengok sangat khat tu cantik ke, jadi ke tak. hahahahaha

ada pengajian alquran, ada pengajian tajwid jugak. nie yang aku lemah nie. hihi bukan apa. bila pengajian alquran. tengah tengah baca. tetiba ustaz tanya spontan, nie hukum tajwid apa. adeih, memang fail la aku nak jawab. aku rasa macam nak amek pen. bulatkan dekat situ. ini izhar, ini ikhfak. dll. dulu, mengaji alquran.. niat cuma satu je. nak khatam alquran. nak ada majlis khatam. huhu tapi sedihnya, aku tak ingat masa aku khatam alquran ada majlis ke tak sebab aku tak sempat nak habiskan pengajian aku kat surau nie sampai umur 12 tahun. :(

zaman sekolah rendah aku. memang zaman yang tak best. sebab tu la tempat betapa inferior nya aku. budak kampung yang berada dalam kalangan budak bandar. sangat awkward. mak selalu pesan, jangan lawan cakap diorang. jangan cari pasal. jangan itu. jangan ini. jadinya, kat sekolah. aku memang selalu diam. aku ada jugak geng sendiri. tapi aku tak berapa nak cakap jugak ngan diorang. sekadar dengar apa diorang borak, sampuk sikitsikit, gelak sikitsikit, kadangkadang rehat sama. kadangkadang aku lagi suka abeskan waktu rehat dekat perpustakaan je. kenangan zaman skolah rendah aku memang tak banyak. budak pendiam,apa la sangat yang boleh aku cerita. (atau aku yang dah lupa)

masuk sekolah menengah. perangai berubah drastik. tetiba jadi banyak cakap. sampai tak boleh nak stop. laju macam lrt. kadang orang paham, kadang orang tak paham. haha masuk itu, masuk ini, wakil sana, wakil sini. macam macam. sangat kontra dengan dunia sekolah rendah aku. aku pun tak tahu kenapa aku jadi macam nie. mungkin sebab masa sebelum masuk form 2, ada cuti sekolah masa form 1 tu, aku keja kejap. jadi aku interaksi dengan orang ramai. hoho citer skolah menengah sangat best. macam macam. aku pernah masuk choral speaking gak. hehe ngan ckap english tah pape. macam tak percaya je aku masuk choral speaking. ngeeeeeeeeeeeeeee.

tapi, masa dekat skolah menengah nie la aku kenal dengan istilah cinta. cewah. cinta monyet weyh... huhu tapi cinta monyet aku, cinta dalam hati jela. (cinta ke? taklah crush je). suka dengan orang tu, pendam. suka dengan orang ini, pendam. orang tu suka ngan kawan nie, pendam, kawan suka dengan orang yang sama, pendam. semua benda pendam. sebab..... memang takde rasa nak cakap, nak bagitau. malu. tapi bila dah ada yang melekat. masa tu dah yakin sangat dah itulah yang terakhir.

sebab..
orang kata, bila ada irasiras nie, ada jodoh.

hahaha. INI SEMUA MEMANG POYO! adoi. macam mana lah aku boleh sangat percaya dengan benda tu. nampak tak noob aku kat situ? tapi......... blablabla. tak kawen gak akhirnya. hahaha pastu jumpa pulak dengan orang lain. singkatkan cerita. pun sama jugak kes, muka ada iras la, padan la, blablabla. tak kawen jugak. hahaha adoi.

tapi, sekarang.. memanglah aku boleh gelakgelak. tapi dulu, rasa sakit yang aku rasa.............. ya ampun! rasa kalau aku laser yang boleh hapuskan diorang. memang aku hapuskan diorang. hihi nasib aku takde laser macam tu. kalau tak, siasia je hidup aku penuh dengan penyesalan bunuh orang. hihi

dan sekarang. aku tengah melakar hidup universiti pulak. dan sampai tahap sekarang....

............. sangat menarik, penuh dengan senyuman, gelak ketawa












dan air mata. 


No comments: