ensiyahmuhammad

Monday, June 10, 2013

garisan kecil.

"Awak.. boleh tolong saya tak? tolong cat kan benda nie?"
"Boleh. nak cat apa?"
"Kejap ye. saya ambil"

sekali dia keluarkan... err

dalam hati

"gulp. banyaknya. sempat ke siapkan hari ini?"

pastu dia pun berkata 

"saya minta tolong sangatsangat. awak tolong buatkan ye. awak buat sikit sikit pun tak pe. saya cuma nak benda nie di cat."

"okeyh"

saya pun cat la satu satu. satu set habis. set yang lain saya tunggu kemudian. esok esok ke. malam ke. 

tapi........... selang beberapa jam. semua set yang nak di cat. dah siap. saya lihat dia diam. saya tak tahu nak cakap apa. jadi saya pun diam juga. tak lama selepas itu.. 

"tak guna je aku cakap. minta tolong pun bukan orang nak tolong dan blablabla"

dalam hati,

"bukan dia cakap boleh buat sikit sikit ke? tapi... nie.. macam... arahan yang memaksa"

++++++++++++++++++++++++++++++++++++

hanya ada satu garisan kecil yang memisahkan "tolong" dan "arahan". walaupun pada asalnya niat hanya mahu meminta tolong walaupun dengan penggunaan ayat "tolong" ketika membuat permintaan, tapi jika disertakan dengan nada suara yang tak bersesuaian, itu dah menjadi satu arahan. 

macam kes di atas. kalau dah kata "buat sikitsikit pun takpe", yang dia tetiba buat semua sendiri tu kenapa? tak sepatutnya si dia buat macam tu. kawan dah baik hati nak tolong buatkan. kalau nak cepat, cakap lah nak cepat. tak payahlah nak berbasa-basi. sekarang apa jadi, kawan kecil hati, awak sakit hati. lepas tu, awak tak nak mengaku salah sendiri. cakap kawan tak ikhlas nak tolong. 

kalau semua manusia spesies macam nie. tak reti nak cakap secara langsung (direct) memang secara tak sedar, sengaja goreng hati bagi orang makan.

No comments: