ensiyahmuhammad

Sunday, June 9, 2013

dua kali

Hari nie. dah dua kali aku hampir dilanggar. Bukan salah aku. Betul, aku pandu dengan berhemat. Tak bawak laju. Tak pegang telefon masa menunggang. Ambik line yang paling kiri sekali. :(

Cerita satu.

Pukul 5, aku kembali ke UIA sebentar. Mahu pulangkan hak seseorang yang bukan milik aku. Dan juga berniat nak ajak roommate aku bersiarsiar. tapi,dia penat berkemas. Jadi takpela. aku pergi ke taman sesorang. aku parking di tempat yang aku jarang parking. Aku ambil satu ruang berdekatan dengan satu keluarga yang sedang berkelah di situ.

"Abang, angkat baldi tu. jom kita balik"

Si abang pun turun. anak sulung mungkin. 

"Beratnya baldi nie abah"

Berusaha la si abang angkat jugak baldi tu. Umur dalam lingkungan 10 atau 12 tahun. 13 tahun kot, entahla. Badan anakanak sekarang kan kecikkecik. 

Aku tengok. tersenyumsenyum. aku nampak sekilas ikan. macam ikan keli. err... ikan keli hidup dalam tasik ke??? Aku fail bab bab nie.

Dari jauh, aku nampak layanglayang. Kecil saja dari penglihatan ku. banyak. dan dari jauh juga aku lihat ada "flash flash" hoho hati kecil berbisik, 

"nie mesti ada orang photoshoot kawen. konpem punyala"

aku tengok tasik. ada kilas ikan. aku bawa buku untuk di baca. aku sambung bacaan aku. tengok jam pukul 6.44. hari sudah gelap. aku kena pulang. 

Sedang mahu pulang, aku nampak ada sepasang pengantin. Amboi photographer, kamu ingat saya tak nampak ke yang kamu ambil gambar saya? bukan perasan. saya tahu kamu cuba cari angel untuk pelanggan kamu. nasib saya pandang bawah.

Ketika mahu pulang, di sinilah tragedi satu hampir terjadi. 

Aku................... mahu pergi ke lorong U-turn. tapi tak boleh. aku tak boleh lintas. Lampu isyarat hijau. aku bagi isyarat ke kanan. tetap takde ruang untuk aku ke lorong U-turn. lepas tu. tetiba, ada satu kereta. cuba memotong kereta laen, kereta tu sangat laju. aku tak tau apa yang dia kejar sampai nak cepat sangat. aku tergamam. nak ke depan aku tak boleh. nak ke belakang lagi la tak boleh. aku macam ready je dia langgar aku. macam pin bowling yang ready bola datang nak jatuhkan dia. sempat lagi aku berangan nanti lepas dia langgar aku, mesti aku terbang melayang.

tapi alhamdulillah. keta tu tetiba slow down and boleh pulak tetiba ada ruang dia nak ke line yang btul. kuasa allah. lepas tu. keta selepas tu mungkin tahu aku tergamam. dia berhenti. bagi laluan untuk aku melintas. aku ucapkan terima kasih. 

sampai di rumah. aku diam.kakak belikan kek yang aku suka. aku tak makan. takde selera. memang dari pagi aku tak makan.

Cerita 2

cerita dua terjadi lepas aku hantar kakak aku balik umah dia. 

sampai dekat simpang tiga. jalan nak pegi rumah aku kena pegi simpang kanan. dekat simpang tiga tu ada traffic light. jadi. bila traffic light tanda ke simpang ke kanan boleh. aku pun nak jalan la. tapi bila aku dah ready nak jalan. tetiba ada motor dari simpang kiri lalu. nampak sangat dia langgar traffic light. alhamdulillah aku sempat brek. betulbetul kitorang nak berlanggar dah masa tu. lepas brek, aku tergamam lagi. nasib kereta belakang tak hon. mungkin faham yang aku terkejut. 

sampai rumah. aku bawakan roti john untuk mak. mak suruh bukak, makan. aku cakap takde selera. mak tanya nak makan tak sebab nasi dah abes, kalau aku nak makan, mak nak masak nasi. still aku cakap taknak. 

huhu memang tak gemuk la aku macam nie.

untuk dua kali peluang yang masih diberikan untuk aku bernafas di muka bumi. Alhamdulillah.

p/s: ika................ :'(

No comments: