ensiyahmuhammad

Tuesday, June 11, 2013

Cuti Hari Tiga

*wifi  percuma. hehe seronok takde orang macam nie. 2 bar pun dah laju. Kalau harihari biasa. huh*
Kan dah cakap. kalau tertidur, mesti terlepas punya meeting. habislah aku. apa aku nak cakap dekat encik ketua ni. nak bagi tahu kepala aku sakit, takut dia tak percaya. :( 

Jadinya, untuk cuti hari ketiga ini, aku berkemas. Kemas bilik tersayang yang dah banyak berjasa untuk aku 2 semester panjang, satu semester pendek. 

Aku tengok bilik aku, mana aku nak mula dulu nie. Mula dengan yang besar atau mula dengan yang kecil. buntu aku. =_= tulah, siapa suruh barang banyak sangat. Bak kata kawankawan, ni bukan bilik. tapi rumah sewa! Agaklah. aku pun rasa rumah aku macam rumah sewa. tapi, rumah sewa pun, rasanya semester nie la yang paling aku banyak takde dalam bilik. Entahlah, walaupun ruang bilik aku besar tak macam bilik orang lain, ketenangan ku tiada di sini. cewah! 

aku mulakan dengan laptop. eh? haha aku blur tak tahu nak buat apa. jadi aku putuskan nak dengar lagu dahulu. Pilihan aku, lagu lagu OST Boys Over Flower.. satun-satunya drama korea yang aku tengok dari awal sampai habis. Drama lama, aku tahu. tapi ada memori di sebalik drama ni. huhu

sekarang tengah dengar melodi nie.


 

aku suka melodi instrumental macam ini. Kalau aku ada peluang, aku nak sangat belajar main piano. Duludulu selalu berangan ada orang mainkan lagu untuk aku. Hihi, Kalau dah nama pun berangan, mestilah macammacam. Nak dapatnya, memang tak lah. hehe

Aku kemas mana yang mudah dulu. Setelah sejam berkemas, sekarang aku buntu. Buku nie melambak. dengan kertas lagi. aku sayang nak buang. :( ni la masalah aku. aku memang fail bab packing barang nie. stres.

Bersambung. ..

No comments: