ensiyahmuhammad

Monday, June 10, 2013

Cuti Hari Dua

mood aku memang tengah tak best sebenarnya. 

tadi pergi pejabat mahallah. bertambah tak best mood aku. dan aku rasa masa nie la aku rasa penyesalan yang teramat belum ada lesen keta lagi. huh!

ihsan dari google

mana tak nyer, aku dapat Live In During Vacation (LIDV) untuk program CONVEST. kalau ikutkan, memang tak payah la aku nak kelam kabut kemas bilik sebab LIDV aku sampai 17 hb nie. tadi, pergi ofis mahallah, sebab nak check out and check in LIDV. tapi tetiba di beritahu, LIDV nanti kena tukar blok F. blok aku yang sekarang blok B. hamboih. suka suki je nak suh aku masuk LIDV blok laen. dah la dia suh kosongkan bilik terus. memang cari pasal betul. Selalunya kalau LIDV, aku duduk je kat bilik aku tu. nie apasal nak tukartukar bilik? kelmarin aku datang, bukan nak cakap apa-apa. nasibla jugak kan aku datang pejabat mahallah ri nie. kalau esok? huh!

dah la barang dalam bilik aku tu bukan main lagi punya banyak. dengan comforter tebal nyer, dengan karpet, dengan bukubuku tebal yang kalau aku timbang ada la cecah 20kg. dengan kertaskertas. dengan bantalbantal. dengan printer dan banyak lagi la! sakit hati aku. sakit weyh. sakit! dah la kan.. dah la............................................... abang aku duadua busy. kalau aku kemas barangbarang aku macam nak rak pun. sapa nak angkat?? ingat motor aku yang beroda cuma dua tu boleh nak angkut?? grrrrr. kalau aku boleh drive. tak payah mintak tolong orang lain. 

sekarang. aku malas nak buat pape. esok je aku kemas. kalau esok diorang busy jugak. aku panggil teksi. and bersedia kena compound rm50 sebab esok diorang nak buat cleaning. Cleaning tu maksudnya nak tengok ada tak pape defect kat bilik, kotor ke apa ke, atau dalam kata yang lagi best. Proses saman-menyaman. 

Terbaik cuti hari dua. heh.


No comments: