ensiyahmuhammad

Saturday, June 22, 2013

(*_*)

Ada perempuan yang gilanya pada kasut, pada baju, pada tudung.. tapi aku.. ada satu sisi gelap aku... yang gila akan Dress. hehe Kalau ikut aku, dari kecil lagi sebenarnya aku lebih feminin dari kakak. Kakak suka pakai seluar, tshirt and sling bag. Tapi aku, aku suka sarung baju gaun. Kalau keluar dengan arwah ayah, aku sarung baju kurung. Jarang aku nak sarung seluar dengan tshirt.

Tapi bila dah besar, jadi terbalik pulak. Sekarang kakak yang suka pergi manamana pakai skirt dan blouse, tapi aku lebih kepada seluar dan tshirt. Salah satu faktornya adalah kerana, sejak aku ke manamana kena menunggang motor, macam tak proper la pulak nak pakai skirt. aku pernah buat, tapi sangatlah menyulitkan aku nak tekan brek, nak belok, nak tukar gear. huhu

Namun begitu, sampai sekarang.. sebenarnya aku sangat minat pada skirt. Aku selalu bayangkan aku ayu macam Normala Samsudin, perempuan melayu terakhir tu. hehe Mungkin, bila aku dah ada kereta sendiri nanti, baru aku mula berayu-ayuan. lagi kembang skirt aku, lagi bagus. hehe

Siang tadi kawan aku ada cerita impian dia... 

Bila dah berkahwin nanti, mesti seronok kalau dapat pergi ball dance dengan encik suami. aku dengan kasut bling bling dan pastinya juga dengan gaun yang cantik. dan si dia dengan suit yang kachak lagi bergaya. hehe 

tapi itu sangat la menggunakan kos yang tinggi. hee

tapi satu benda yang paling sempoi aku nak, 

duduk je dekat sofa. beli popcorn, buat movie running. gelakgelak macam orang gila, nangisnangis, takutakut. dunia kami sendiri. :D

ada lagi. tapi nak cerita lebihlebih, tak payah la. hee

p/s: surat yang ketiga.

No comments: