ensiyahmuhammad

Tuesday, June 25, 2013

berdandan

Aku tengah tengok cerita dekat TV2.. alasan utama kenapa aku tengok.. sebab drama tu tajuk "Pelangi Cinta" hehee.. semangat aku.. sebab nama blog aku jadi drama. walaupun bukan owner dia jadi pelakon. hehe

Tapi, jalan cerita dia aku tak suka. =_=

tapi, aku tak rasa nak ulas pasal cerita nie lebihlebih.

Tengahtengah aku tengok cerita nie, apa yang dalam fikiran ku.. 

Perempuanperempuan yang pandai bergaya.. maksud aku.. yang berdandan cantik di awal pagi, mesti perempuan yang rajin.. kan?

kenapa aku cakap macam tu.. sebab... let say datang kelas kol8.30 pagi. tapi dah siap bermekap, baju kemas, tudung ada style!.. mesti dia bangun awal. keluar bilik awal. sebab, kalau nak mekap mesti ambil masa, bukan senang mekap nie. salah mekap, muka macam hantu. nak buat tudung style.. kalau tak teliti, nanti jadi serabut. 

lepas tu cuba bandingkan dengan perempuan yang datang kelas lambat. perhatikan baju dia macam mana. muka dia macam mana. hoho baju dia asal boleh je. muka pun tak berseri. bedak pun tak pakai. 

Aku sangat respect dengan jenis perempuan yang pertama. bangun awal dan bersiap awal. hehe

"perempuan tak boleh tabarruj"

tabarruj tu bergaya berlebihlebihan. 

Selagi baju perempuan tu tutup aurat, dan mekap tak macam opera cina dan aksesori pun tak berlebihan. aku tak nampak mana salahnya nak bergaya. 

Well, aku yakin.. para suami pun tak suka tengok isteri dia bangun lambat. dah la bangun lambat. tak reti berhias pulak tu.

sesempoi mana pun perempuan tu.. kena jugak belajar berdandan. walaupun sikit. 

p/s: uhh. habislah aku. aku pun tak pandai berdandan. err... aku kena belajar berdandan nie. belajar dengan cik zee la cara mekap yang ringkas. hihihihi

No comments: