ensiyahmuhammad

Monday, June 24, 2013

123

aku suka matematik,
aku suka nombor,
tengok formula,
aku tak rasa formula itu cool,
tapi, ianya best. :D

Pecahan, nominator and denominator, (aku lupa apa dalam bahasa melayu)
nominator di atas, denominator di bawah,
ada orang melihat seperti ini,
nominator itu anak, denominator itu emak,
selagi anak itu kecil, emak mampu bawak ke hulu ke hilir,
contoh : 1/4, nombor satu kecil, nombor empat besar, beza tiga.
semakin anak itu besar, semakin sama saiz dengan emak,
contoh: 3/4, nombor tiga kecil, nombor empat besar, beza satu.
bila anak itu sama atau melebihi saiz dengan si emak..
contoh: 5/4, nombor lima besar, nombor empat kecil, beza.. negatif satu.
maka, si anak yang dah besar tadi tu pun keluar dari pecahan, dan berjalan sendiri.
tapi si emak.. masih memikul anak yang kecil yang lain ke hulur ke hilir.
contoh: 1 1/4, nombor bulat satu, anak yang dah berjalan sendiri. pecahan, emak dan si anak kecil.

kita, macam tu.
masa kecil, semua mak ayah uruskan.
bila dah pandai sikit,  dah besar sikit,
semua benda kita nak cuba, nak buat, nak terokai.

tahu tak normal distribution tu macam mana?
tak tahu?
tak apa.
Sila click di sini.
tadaaaa! sekarang, kita semua dah tahu bentuk normal distribution tu macam mana,
walaupun tak ambil matematik tambahan.
 :D

Bayangkan, graf ini, sebagai apa saja graf yang kamu mahu,
dan untuk aku,
aku mahu jadikan ini sebagai graf,
"Bilamana Aku Menghadapi Masalah",
Bentuknya, menaik ke atas, puncak, dan menurun...
Aku gambarkan bilamana aku menghadapi masalah,
mulanya, aku positif.. aku okeyh saja.
sampai di satu tahap. aku dah mula seimbang, positif dan negatif,
dan semakin lama, semakin aku negatif.. dan terus menjunam ke bawah.
dan aku akan lama statik, menggambarkan aku negatif dan tak tahu bila akan naik semula.

sangat tak best kan?

baiklah, kita tukar.
aku gambarkan graf ini sebagai graf..
"Bilamana Aku Merasa Bahagia"
Semakin lama, aku semakin bahagia, sampai satu saat, bahagia itu jadi tepu.
Masalah datang, dan aku mula sedih..
graf semakin menurun dan statik.
Graf hanya akan menaik semula bila aku bahagia.

sekarang, macam mana?
bolehla, takde lah best sangat.

baiklah. kita tukar lagi.
aku gambarkan ini, graf..
"Semangat En Siyah Muhammad"
semakin lama, semakin meningkat,
merasai bermacammacam pengalaman.
sampai satu saat. taknak cuba apaapa,
semakin menurun, kerana kecewa.
dan lamalama.. mati.

Fuuh!
matematik.
itu kehidupan.






No comments: