ensiyahmuhammad

Tuesday, June 25, 2013

100

sekarang umur aku hampir 23 tahun. lagi beberapa bulan je nak genap. Kalau ikut perancangan lepas SPM dulu.. patut sekarang nie aku dah habis diploma dan bersedia nak kahwin. hihi Tapi, perancangan ALLAH lebih baik.. jadi kita ikut je arus (^_^)


Aku pernah cuba senaraikan seratus perkara yang aku nak dalam hidup ni. 
tapi, aku tak pernah berjaya. 
bila aku cuba buat... 
kadangkala.. tak sampai sepuluh pun. 
sebab, bila perjalanan hidup aku berubah, apa yang aku nak pun berubah.
kalau dulu aku nak sangatsangat jadi model.
bukan model catwalk tu, tapi model majalah. hehe
sekarang, aku dah tak rasa apa dah. 

sekarang, bila aku fikir betulbetul.. aku pun tak pasti apa yang aku nak sebenarnya. 
bila aku dah mula tulis satu.. 
aku jadi bingung nak tulis apa yang nombor dua. 
lamalama.. 
aku padam semua. 

dan sekarang. 

kosong kosong kosong.

No comments: