ensiyahmuhammad

Thursday, May 23, 2013

Selagi ~ ~ ~

*tolong click dahulu, dan dengar lagu. hayati lirik. hayati perasaan ku. terima kasih*

Selagi ada bulan mentari
Selagi ada berkasihani
Selagi ada bulan dan bintang
Selagi ada berkasih sayang
Selagi ada ombak dan laut
Selagi hatiku terpaut
Selagi ada turunnya hujan
Selagi ada rahmat Tuhan
Selagi ada langit dan bumi
Selagi cintaku bersemi

Selagi ada waktu
Selagi ada rindu
Biar beribu batu
Ingin aku bertemu
Oh kasih (oh kasih)
Damailah (damailah)
Engkau di sana

Ku berdoa (ku berdoa)
Pada Tuhan (pada Tuhan)
Agar kau bahagia








Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. 

Terima kasih jika kamu mendengar, hayati lirik dan mungkin, memahami perasaan ku?

Hanya Allah yang tahu betapa aku rindukan kawankawan direct intake (yang memasuki alam degree melalu stpm, diploma, stam dll). Jangan salah faham, bukan aku mahu berat sebelah. Tapi, betul.. aku sangat jarang dapat berkumpul bersamasama seperti ini. 

"Siapa yang anjurkan semua nie?"
*semua diam*
"Nie buat under apa?"
"Nie buat sajasaja"
"Blok nie ke?"

"Taklah. Semua blok ada"
"Pukul berapa nie habis?"
"Lepas makan, habislah"
"Ok.. make sure dalam pukul11.30 habis. Nanti mengganggu orang lain pula"
"Baiklah"

*eyh, kenapa dialog ini terasa sangat tak best? haha*

Ini Tradisi BBQ kami. Asalnya, tradisi ini, hanya penghuni bilik usrah Mahallah Maryam E1.2 yang mulai, tapi bila masingmasing dah masuk alam kulliyyah, tradisi BBQ ini sudah menjadi BBQ setiap semester. Bayangkan, pertama kali aku dapat sertai mereka pada Celpad Year, Semester Kedua... dan sekarang aku sudah Tahun Kedua Semester Kedua. dan aku punya berbaki dua tahun lagi sebelum bergelar graduan. InsyALLAH.

Allah. Sangat lama.

Rezeki aku tahun ini dapat sertai mereka. Bagi aku, sangat lama aku tidak bersama mereka, walau satu mahallah, kulliyyah berbeza. Walau satu kulliyyah, major lainlain.Walau major sama, kelab lainlain. Walau pertemuan singkat ini hanya untuk satu malam, tapi ketika inilah aku boleh bertanya khabar, update cerita terbaru, aku baru tahu seorang kawan kami sedang study leave, setelah bermingguminggu baru malam ini aku tahu? ALLAH. aku rindu mahu berbicara dengannya, dengan kakak ku itu.

Teman, sesuai dengan lagu Selagi Ada Rindu. Memang aku tujukan khas untuk kita semua. Aku sangat hargai pertemuan kita ini, walaupun singkat. Aku tidak punya perasaan yang kita ini beda. yang kita ini asing. Course siapa yang lebih berat, siapa yang lebih pandai. Itu semua bukan soal. Kita udah samasama berjuang di CELPAD, dan kita berjaya tangani. Dan sekarang, kita samasama berjuang di Kulliyyah, dan aku yakin kita samasama boleh graduasi dengan cemerlang dan bergaya. 

Dengan Rahmat Tuhan...
Semoga kita semua berjaya menghadapai peperiksaan akhir untuk semester ini dengan jayanya!

Bittaufiq wan najah. :D

::Halimatussa'diah Semester 2 2012/2013::

No comments: