ensiyahmuhammad

Friday, May 24, 2013

sayap.

dalam tempoh waktu di bangku pengajian, pasti ramai yang setuju, alam persekolahan yang paling seronok. dalam debaran mahu UPSR, mahu PMR, mahu SPM, mahu STPM (bukan semua orang), masih punya waktu bernakalnakal.

ponteng sekolah. masuk pertandingan kawat sanasini, yang tuisyen bergaduh pusat tuisyen siapa yang lebih hebat. pagi sekolah, petang main. esok nak periksa malam nie baru nak study. tak siap kerja sekolah, datang sekolah pagipagi, cari budak yang paling pandai, tiru jawapan. bila masuk musim hari sukan, sibuk lawan rumah mana yang paling hebat, tak kisah budak kelas depan atau kelas belakang, yang penting, lari kena laju. masa lantik AJK untuk kelab ke kelas ke, budak yang paling femes yang dapat tempat. bila malas nak masuk dalam kelas, kononkonon ada cikgu panggil siapkan kerja, mentangmentang lah pengawas. mentangmentang pengawas jugak, taknak bosan dalam perhimpunan, bajet rajin la pusing satu kawasan sekolah.

semuanya gembiragembira saja. 

aku rindu sekolah.

kalau boleh tengok video ini. *Tekan*

ini sekolah aku. dalam video ni, sekolah dah cantik dah. dulu, tak macam nie pun. Iyelah, sekarang 2013, aku SPM 2007. *erk, sudah enam tahun rupanya aku tinggalkan sekolah ku*

alhamdulillah. aku terinspirasi dengan video ini. 

dan katakata dari cikgu ku, 
 
it's the thought that counts En Siyah Muhammad..u had always been an angel in school..tq for ur contribution...take care.."

 walaupun singkat, memberi semangat juga. *angel? aku ada sayap. weeeeeeeeeeeee. terbang! hehe*

dan dengan sayap, aku mahu terbang tinggi untuk peperiksaan akan datang ini. 

semangat bro!

No comments: