ensiyahmuhammad

Thursday, May 2, 2013

nikmati hidup

"live within your means"
Hiduplah dalam kemampuanmu sendiri.
Kalau gaji rm500 sebulan, usahlah berlagak seperti gaji rm50 000 sebulan.

dan hidup, mesti realistik.
kemahuan dan kemampuan itu berbeza.
aku mahu rumah besar, yang ada laman yang luas.
tapi aku hanya mampu untuk duduk rumah kecil.
dan aku harus berlapang dada.

kekadang, itulah manisnya kehidupan.
kita takkan semudah itu dapat apa yang kita mahu
kerna.. pasti hidup pasti akan bosan tanpa keinginan

dan keinginan, tak salah tinggi melangit.
tapi jangan terlalu mengejar apa yang di atas sehingga tak menikmati apa yang ada di sekeliling.

 ku suka memandang orang kaya
gaya hidupnya, baju, rambutnya

dan aku memandang pula diri aku
gaya hidupku, baju ku, rambutku.

aku juga ada apa yang mereka ada.
walau tak mewah, walau tak mahal, walau tak bergaya.

tapi sepatutnya, aku jadi lebih bahagia,
bila ada orang menerima diri ini
dalam serba yang tidak punya :)

dan aku...........

aku sedang menikmati hidup aku.
motor biru yang kekadang berbunyi ketakketak
study yang naik turun
tidur yang kadang ada, kadang tiada
duit yang ada, dan sentiasa berkurang. haha
kabut itu ini
risau sana sini
berjalan depan kebelakang.
bilik kadang kemas kadang hancur
apa apa lah saja

ya, aku sedang nikmati hidupku.  :)

No comments: