ensiyahmuhammad

Sunday, May 12, 2013

lari sekejap

lari sekejap dari kesibukan sebagai seorang pelajar.
sibuk atau gagal menguruskan masa?
aku rasa, aku lebih tepat kepada yang kedua.

badan makin panas.
satu botol air mineral 1.5L, dah pun di habiskan, tetap rasa tak cukup.
suhu badan tetap belum menurun, mahu minta air lagi.
oh. badan. tolong jangan sekarang. kalau mahu demam. 10 jun nanti.

kesian badan, kesian otak.
saatsaat genting begini, habis dikerah sehabis baik tenaganya.
maafkan tuanmu yang tak menunaikan hak yang sepatutnya
oh. bagaimana mahu menjawab tentang ini nanti.

betul, cemburu itu tanda sayang.
kata seseorang, kalau tak cemburu, itu bukan tanda perkara yang normal.
baiklah, aku sedang cemburu sekarang.
jadi, aku orang yang normal, bukan? (yeay! hee)

dan aku harap ini cemburu yang tanda sayang,
bukan tanda cemburu yang melepas melayang.

dan aku harap ini cemburu yang normal,
bukan tanda cemburu yang buta dan seakanakan paranormal.

*hee*
*janganlah senyum macam tu*
*heeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee*

oh.. sudah cukup sudah.

percaya tak kalau aku cakap....
kalau aku memikirkan tentang soal hati, soal hidup. soal masa depan.
aku rasa, esaimen tu, bukan apaapa.
hee.

off blog.
on esaimen.

*peace. hee*

No comments: