ensiyahmuhammad

Wednesday, May 1, 2013

kata student, biasalah.

"En dah sampai kat mana?"
"En tengah buat analisis lagi nie.. en target kol2 siap. Agak pening sikit sebenarnya, tak tahu nak guna bar graph ke, carta pai ke.. rasa macam serabut je, banyak sangat element.."

Fokus kembali.. Kak Mary dengan baby dalam perut khusyuk baca artikel. Yana dan Ifa masingmasing tertumpu pada laptop. Kedengaran hanya lagu Edcoustic sebagai latarbelakang dan bunyi papan kekunci yang ditekantekan. 

Kami sedang menyiapkan report utk subjek Malaysian Taxation, dan aku bertanggungjawab untuk menganalisa semua borang survey yang dihantar. 30 yang dihantar... hanya 15 yang kembali. Untuk mereka yang beri kerjasama, beriburibu doa aku berikan dan penghargaan dalam hati betapa mereka memudahkan kerja kami dan untuk mereka yang tak beri kerjasama.. sudah puas aku cuba dan mencuba untuk berlapang dada dan bersangka baik, tapi maaf, tetap sukar nak menghilangkan perasaan kecewa.. 

"Yana, aku nak mintak tolong kau lah. Aku buat lain sikit analisis nie, bar graph semua aku dah buat, kalau kerja kau dah nak siap, aku nak mintak tolong kau salin balik soalansoalan nie."
"Ok ok. Boleh je.. aku nyer part tinggal sikit nie"

Dalam UIA, tak ramai aku beraku-engkau.. rasanya dengan Masaida dan Yana sahaja aku menggunakan bahasa aku-engkau. Bajet sopan benar aku ini. Bukan, bukan begitu.. entahlah, aku cuma tidak berasa selesa nak beraku-engkau dengan orang lain. 

Sekarang sudah pukul 3 pagi. Kerja masih jugak tak siap. Kesian pada Kak Mary yang terlena di kerusi, kami paksa dia pulang ke bilik. Biar kami teruskan yang lain. Report ini harus diantar sebelum pukul 4 petang hari ini jugak.. jadi nak tak nak, kena jugak siap. 

Pukul 4pagi aku terlelap. Ifa dah terlelap lebih awal dari itu. Pukul 5pagi aku terjaga, tengok Yana pula tertidur. aku teruskan analisis. Usai Azan subuh berkumandang. Alhamdulillah.. bahagian aku siap jugak akhirnya.. Dan barulah aku dan Yana berangkat pulang dari Mahallah Sumayyah ke Mahallah Halimah.

Dalam kami berempat, kelas aku yang paling pack sebenarnya. 8.30, 10, 2ptg dan 3.30 petang. dan lagi best, pada saat akhir aku baru sedar yang kelas 8.30 pagi aku ada presenatation, pukul 10 pagi ada kerja sekolah yang cikgu nak tengok. pukul 2 petang pun sama dan pukul3.30 petang aku ada kuiz. 

Aku sangatsangat mengantuk. Mujur partner untuk presentation, Fada, sangat memahami aku. Aku datang kelas lambat. kol9.10 pagi. Alhamdulillah, kami sempat present bersama. Kelas 8.30 pagi ini, entah sejak bila, aku rasakan seperti aku nie favourite student. Pantang aku tiada, mesti dicari cikgu. Aduih. Cikgu amat sedar yang aku memang datang sangat lambat tadi. Oklah.. atleast datang juga. Kalau aku tak datang, lagilahhh cikgu cari. Kesian Fada asek berdepan dengan soalan 
 "En Siyah mana?"

Report yang bertungkus lumus kami siapkan... adalah subjek untuk kelas kol10 pagi. Kerja sekolah bukan aku seorang saja yang tak siapkan dan aku perasan matamata gelap pada kami semua, pasti semua pun tak tidur malam siapkan report.. dan pada akhir kelas.. cikgu cakap macam nie

"OK! I allow you to send your report latest by this Friday, if not.. i will start deduct marks"

dan respon kami semua pada ketika itu......... "WHAT??????????????" kitorang tak tido malam kot. :( Agaknya, kalau dalam citer animasi.. mata aku dah jadi putih dan mulut aku jatuh ke bawah!

Aku sangat mengantuk dan lapar. Maaf kelas kol2. aku terpaksa skip. dan kuiz kelas kol3.30 petang.. aku boleh jawab separuhnya. tapi yang lagi separuh. aduih. dan bila dapat kertas midterm. aku jadi sangat..................................................... perasaan sedih yang sampai menghilangkan rsa dalam hati. 



30 April meninggalkan kesan yang menarik untuk aku sebagai student. Memang nampak kucarkacir dan memenatkan. Aku sangat tak suka bila aku terpaksa stay up sampai tak tidur malam siapkan keje. tapi aku tahu, peristiwa macam ni la yang selalu buat aku gelak sorangsorang. hahaha

kata student, biasalah. barulah best. kalau smooth je. takde kenangan. heeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee :D


No comments: