ensiyahmuhammad

Wednesday, May 22, 2013

kali kedua.

Hari ini, aku cuai lagi. Iya, lagi. Aku tak boleh menyalahkan orang lain selain diri sendiri. 

Aku punya habit buruk. Sangat buruk. Bila aku menunggang motosikal, aku suka letak telefon bimbit di dalam raga. Kerana, jika mesej masuk, aku boleh terus baca dan terus balas (kalau aku mahu balas). Bahkan, kalau aku menunggang motor dengan kelajuan yang kurang dari 80km/j (agaknya. aku tak pasti. meter motor aku tidak bergerak) aku masih boleh baca dan balas mesej. 

Hari ini, sedang aku leka membaca dan mahu membalas, aku tak sedar di depan ada lori yang mahu bergerak. Dengan rahmat Allah, tak semena, mata aku pandang ke depan dan seperti ada kuasa yang membelokkan tangan aku supaya ke kiri. Lori di depan sempat brek. Kuat kedengaran bunyi brek. Kuat juga dengar suara abang di dalam itu yang menengking aku. Aku terus sahaja dan tergamam. Seperti bukan aku yang menunggang motor itu.

Sepanjang perjalanan aku dari rumah ke taman ilmu dan budi, telefon bimbit hanya di dalam raga. Aku berfikir dan berfikir. Ini kejadian kali kedua. Allah masih panjangkan umur aku, untuk aku tidak melakukannya lagi. Jangan En Siyah jangan. Memang ajal itu sudah tertulis, kerana apa dan bila, itu sudah tertulis. Tetapi jika kerana engkau yang cuai, bagaimana engkau mahu menjawab nanti? 

Allah. Sangat baik pada aku. Aku mahu menangis sebenarnya. Terlambat sedetik saja, mahu saja aku kini tidak bernyawa. Dosa yang belum minta dihapuskan, kebaikan yang ingin dilakukan, masih banyak. 

Untuk sedetik itu juga, betulbetul aku rasakan betapa nikmatnya ayat ini

"Beribadahlah seperti engkau akan mati pada esok hari, dan carilah harta seakanakan kau akan hidup selamanya" 

*kalau ayat nie salah. sila tegur. :)*

Doa.... "Semoga ALLAH terima amalannya", sangat meresap di dalam hati. Sekali lagi, hati sebak. Dalam banyakbanyak amalan, ibadah... entahentah.. yang ALLAH terima itu yang paling tak terjangka. 

sememangnya, untuk ikhlas, lillahi taala. tak mudah.

2 comments:

Zimah Zaiwani said...

haii... cepat2lah blaja bwk kete... then ada kete sendiri. x payah dahlah tunggang motor syg oii.... risau saya...

ensiyahmuhammad said...

huu kereta mahal la awak
saya tak mampu.

huhuhu