ensiyahmuhammad

Monday, May 6, 2013

IKO.LKP

Kenduri tahlil sempena tahun ketiga ayah takde sedang berlangsung. 

Dari semalam, rumah meriah dengan persediaan itu ini. Rumah penuh dengan anakanak buah. Oh, bila tengok ramai generasi selepas aku, baru lah sedar yang diri ini takde lah muda mana. tapi sebab tak kawen lagi.. panggilan KAKAK instead of makcik takpena hilang. hihi *shuke*

Dan kenapa pulak aku online dalam tengahtengah kemeriahan majlis? 
Sebab tak sabar nak tengok reaksi orangorang dengan keputusan PRU 13. hihi

Aku? biarlah rahsia. 

Apa yang aku dapat simpulkan tentang apa yang berlaku untuk minggu ini. 

Seni kehidupan itu memang bermacam warna.
Memilih untuk kecewa dan mengenang perkara yang dah terjadi, atau
Memilih untuk redha, berdoa memohon kekuatan pada yang Esa 
kita yang tentukan. 

Pernah ada orang mengatakan... 
"Hidup En nie memang ceria je kan?"
Dek kerana aku kurang mengambil serius apa yang orang katakan.

Mahu sahaja aku menjawab seperti ini
"Aku dah pernah menangis, berdendam, kecewa dan semua lah yang negatif. setahun? dua tahun? Tapi apa yang aku dapat? Tiada apa pun. Hanya pembaziran masa menikmati kehidupan yang sementara. Bak kata Najwa Latiff.. Kosong Kosong Kosong..."

tapi aku diam. Aku gelak saja. Tapi tak bermakna aku tak pernah bersedih hati atau menangis atau apa sahaja yang negatif.

Cum aku memilih, untuk teruskan kehidupan dan mencipta kenangan baru yang lebih indah dan berdoa agar aku sentiasa boleh berlapang dada. Dan sentiasa ikhlaskan hati, 

"kalau itu bukan yang ditakdirkan untuk aku, tak guna untuk bersedih, dah jelas Allah dah tunjuk, itu bukan yang terbaik."

Dan aku percaya dengan kuasa Doa. 

Terus dan terus Doa. 

Ini Kalilah Optimistic. Lain Kalilah Pessimistic!

hee. 

p/s: Sayangi Selangor. :D

No comments: