ensiyahmuhammad

Wednesday, May 29, 2013

cerita je.

aku ada satu penyesalan. secara kasarnya, aku nak cakap.. memang tu lah keputusan yang paling bangang tak bijak yang pernah aku buat dalam sejarah aku jadi student. Isnin minggu lepas, aku rasa lah. kalau aku tak silap. aku ada exam UBS sebenarnya, pukul9 pagi. dan pada hari itu jugak, aku ada peluang terakhir nak tasmi' untuk tilawah al-Quran II. duadua subjek kalau aku fail pun, duadua tak effect pointer. UBS tu accounting software, memang takde dalam senarai credit hour or department required pun, tapi memandangkan aku nie student accounting, kena la belajar pasal accounting software untuk record debit kredit. sekarang ofis tak pakai buku lejar dah. jadi, itulah function belajar UBS. dan kelas UBS nie berbayar. rm65. rm30 untuk buku dan rm35 untuk exam.Kelas cume seminggu sekali, 2 jam.Tilawah AlQuran II nie pulak, university requirement, walaupun tak masuk dalam pointer.. tapi wajib amek. kalau gagal, kena repeat. dan salah satu requirement dia kena hafal 20 surah pendek yang ada dalam al-quran tu. Surah Ad-Dhuha sampai An-Nas. Nak jadi kisahnya, kelas UBS aku hari isnin, petang. masa awalawal semester, rajin lah aku datang. tapi lamalama, aku jadi penat. sangat penat okeyh. bayangkan bayangkan. kelas aku hari isnin, kol5 sampai 7. pastu malam ada kelas tutor kol8. kadang bila aku puasa, sangatlah aku tak selesa, nak terkejar nak makan, nak solat. pastu pegi tutor. malam tu pulak tutor subjek membunuh semester nie. dahlah hari tu fail dengan markah yang sangatlah best. hahaha bengong. senang citer, aku nak cakap. aku banyak tak pegi kelas UBS. jadi,bila sampai final exam UBS nie, aku belajar la jugak sikitsikit manual. aku boleh je nak pergi sebenarnya, tapi aku tak sempat nak cover semua. disebabkan aku tak hafal lagi surah Al-Bayyinah dan Al-Iqra... aku nie tak cepat nak menghafal.. jadi memang lah lambat sangat aku nak hadam dua surah nie. baca hafal baca hafal. ulangulang baca hafal baca hafal. walaupun aku dah start awal revise UBS, berharihari jugak sebelum exam, tapi tetap aku tak mampu nak habiskan semua UBS tu dan aku tak sempat nak abeskan surah yang aku kena baca. Sebab dah kesuntukan masa dan pemikiran yang sangat lama, aku putuskan. taknak amek exam UBS sebab nak fokus dekat surah. yelah. kalau fail UBS, tak masuk dalam exam slip. paling kurang aku kena bayar balek rm35 untuk amek exam. Tapi kalau fail tilawah, aku tak snggup nak tengok fail dalam exam slip aku. Walaupun kawan aku kata macam membazir je aku tak pergi exam UBS sebab exam UBS nie open book test jugak sebenarnya. jadi takdelah nak kena ingat semua step tu pakai otak. memanglah membazir, tapi bila aku fikir balek, biar jelah burn rm35 tu.. bayar je la semula semester panjang nanti. apa susah. aku start agak dah takde perasaan pasal duit nie bila duit aku hilang. dan salah satu faktor kenapa aku taknak pegi exam UBS sebab aku kecewa. kenapa kenapa kenapa aku je yang tak dapat emel yang berkaitan dengan UBS. padahal semua orang tahu pasal final bila apa semua thru emel. aku check semua emel aku kot. kotkot aku salah bagi emel ke apa ke. kat yahoo takde. kat hotmail takde. jadi pagi isnin, masa subuh. aku text kawankawan aku. aku cakap aku tak amek exam UBS and aku text kawan aku sorang lagi cakap nanti masa semester panjang, amek UBS dengan aku. dia kata ok. jadi beberapa hari lepas exam tu, aku saja lah nak tahu macam mana exam tu. yang sorang kata susah, tak sempat nak jawab. yang sorang lagi.. memang tak sempat nak jawab. tapi dia siap tanya tutor lagi macam mana nak buat. pastu lastlast tutor tu yang buatkan untuk dia bila dah nak abes masa. Tadi, aku online fb sekejap, tengoktengok diorang da dapat result UBS tu. dan aku rasa sangat menyesal aku tak amek je exam tu kalau tahu tutor boleh tolong buatkan. takyah susahsusah aku nak cuak sebab tak habis cover lagi manual UBS tu. agak sakit hati lah perasaan yang aku rasa sekarang. tapi takpe, benda dah lepas. pengajaran untuk aku. bila ada exam, amek. fail pass belakang kira. janji dah usaha. bukan mengalah awalawal. nie aku let go UBS pun. belum tentu tilawah aku lepas. huh. semalam, aku sangatsangatlah takde semangat nak jawab final UNGS. dengan tak boleh tidonya. aku dah ada sedikit pasrah kalau aku tak dapat bangun pagi nie. sebab exam pukul9pagi dan kol3.30 aku masih tak dapat lelap mata walaupun mata memang dah mengantuk dan kepala sakit macam apa je. tapi dalam mimpi aku dapat semangat. bila aku bukak mata, tengok henpon. tepat pukul 5pagi. menangis sekejap atas mimpi yang aku dapat tu. tapi aku pun tak ingat itu mimpi apa. tapi aku cakap kat diri aku. bertahan lagi. exam nie dua jam je. bertahan untuk dua jam ensiyahmuhammad. dan aku kuatkan semangat dan bertahan. alhamdulillah dah jawab exam, tapi result entahlah. yang penting dah lepas. aku tak sabar nak tunggu esok. esok exam subject yang failure rate dia tinggi. tapi aku yakin aku boleh lepas. yeah! hee

memang aku sengaja taip takde perenggan. haha baca ke?

tapi jangan risau
aku masih waras lagi
tak macam Bella dengan Edward
dalam cerita New Moon, 
*kalau tengok citer tu la*
*aku tengok je. tapi takdela fanatic dekat Edward. tolonglah*
masih boleh senyum dan dalam keadaan sekarang, sangatlah aku sedar betapa nikmatnya solat dan mengadu hanya pada ALLAH. :D


1 comment:

zimah zaiwani said...

xpe. aku faham apa yg ko tulis ni en siyah :) bertabah ya