ensiyahmuhammad

Saturday, May 11, 2013

aset

Dari kelmarin sebenarnya, kepala ini sangat berdenyut. kesian. Dipaksa untuk berfikir dan berfikir. atau mungkin jua kerana minum kopi 3 dalam 1. Udah ku kata, air yang instant instant nie, memang tak sesuai dengan aku. tapi dek kerana mahu mencuba, rasakan natijahnya. 

minggu ini, aku gelarkan.. minggu kecederaan hati. :(

pagi ini bila aku bangun, tetiba sahaja terlintas dalam fikiran aku.

"bertuah orang buta. dia melihat dengan mata hati. dia tak nampak warna. dia tak nampak sekeliling. dia nak kawen, dia hanya dengar ijab kabul. dia tak perlu runsing nak fikir tema kaler apa, kaen baju nak pakai jenis macam mana, baju murah ke mahal ke, dari negeri mana, pattern macam mana, apa yang penting, tutup aurat dan majlis jalan. dan dia tak melihat pasangan hidupnya rupa bagaimana, yang penting, mata hatinya kenal yang dia baik orangnya.

dan untuk orang yang celik, bukan semua dapat melihat. celik dengan keindahan dunia, tapi kabur dengan keindahan yang dilihat pada hati. tak nampak apa yang penting. terlalu terpengaruh dengan sesuatu yang tak perlu.

berbahagialah orang yang celik dan sihat mata hatinya. mampu menikmati keduaduanya. keindahan dunia dan kebahagiaan sepanjang masa"

aku bersyukur dikurniakan nikmat penglihatan, 
dan aku berusaha utk menilai aset dalaman seseorang.
kerana aku mahu menjadi orang yang berbahagia.

No comments: