ensiyahmuhammad

Sunday, April 7, 2013

oldskewl

aku suka hitam putih seperti ini.
kewl.. kan?

Aturan Allah itu cantik.
Sangat cantik.
Masa akan jadi pengubat untuk segalanya.
Yakin.


Dulu, ada program Muslim Heroes Conference yang sangatlah menjadi fenomena dan perbualan setiap student UIAM. Aku, turut tak terlepas beli tiket tersebut. tapi, beberapa hari sebelum itu, aku sedang mengalami jiwa, dan aku tak rasa aku mampu kuatkan jiwa aku untuk pergi conference itu. Hati aku hanya terdetik, aku dah beli tiket, tapi aku taknak pegi, baek aku bagi kat someone tiket nie. atleast, takdela membazir sangat. 

Sms di hantar kepada orang itu dan orang ini. Ada yang ada tiket sendiri, ada yang dah ada rancangan lain.. Ditakdirkan, ada seseorang yang available. Pergilah saya berjumpa dengannya.

Selepas conference tersebut, tersangatlah ramai mahasiswa mahasiswi yang menceritakan betapa bertuahnya mereka dapat pergi ke conference tersebut, dan aku ketika itu, agak membengkak jugakla hati. Tetiba, terasa menyesal lak ikutkan sangat keadaan hati. Tapi aku tahu diri aku, kalau aku pegi dengan keadaan yang tah pape, riuh macam mana pun dewan, confirm aku tido je. 

Sekarang, setelah beberapa bulan conference tu berakhir. Aku dapat mesej, betapa berterima kasihnya dia dengan tiket tersebut. Kerana, dia sedang dalam kesedihan dan jika dia berada di dalam bilik ketika, mungkin saja dia akan mencederakan dirinya sendiri. dan oleh kerana motivasi nak jugak pergi ke conference itu. lantas, dia tak lakukan aksi berani mati.

Tapi yang membuatkan aku rasa terharu. katanya dia mendapat sangat banyak kekuatan hasil dari conference tersebut. Kalau dulu aku jeles orang dok citer pasal conference tu. Tapi sekarang, aku rasa sangat bertuah dan bersyukur. Bersyukur sangatsangat. Kalau aku pegi jugak dengan hati yang lara, belum tentu aku akan dapat manfaat. tapi berbeza dengan dia. Dia terus bersemangat dan lebih ceria. 

Ada hikmah kenapa aku rasa tak best beberapa hari sebelum tu. Aku jadi taknak pegi, bagi tiket pada orang lain. orang lain dapat manfaat. Sekarang, orang tu pulak yang buat aku jadi kuat semangat untuk makin percaya yang....................





Perancangan allah itu mmg cantik. 


Alhamdulillah.