ensiyahmuhammad

Thursday, April 18, 2013

Kerana..

Salam subuh...

Sejak pukul 3 pagi, aku tekan dan tekan dan tekan kalkulator tak hentihenti. salah dan salah dan salah. tekan lagi tekan lagi tekan lagi. aku nak menangis. sangat. aku rasa nak marah je orang yang buat soalan nie. tekan lagi kalkulator sampai aku dapat jugak jawapan. 

setelah 2 jam. Alhamdulillah. aku dapat jugak. tapi, tu baru satu soalan. huhu

Dan aku rasa nak menangis. bukan sebab aku dapat jawapan (akhirnya). tapi sebab ALLAH hadirkan dalam hati aku satu kesedaran. 

Kesedaran yang selama nie... aku dah buat salah. salah sebab aku terlalu mengejar...
"nak score sebab aku kena score jugak. kalau aku tak score. nanti aku kena repeat"

belajar nak dapat A atau lulus ---------------> aku stress.
pakai baju cantikcantik sebab nak orang tengok aku tak selekeh --------> baju tak pernah cukup
makan sebab nak rasa itu nak rasa ini ---------------> tak pernah kenyang
bersukan sebab nak make sure dapat kalahkan orang tu ---------------> malas nak joging.

dan kalau aku listkan lagi. memang takkan habis.

susah kan nak niatkan apa yang kita buat kerana Allah atau pun nak ikut sunnah Rasulullah.
tanpa sedar, apa yang kita buat semua untuk keduniaan je.
dunia yang kita hidup di dalamnya.. hanya bersamaan 1 jam 26 minit di akhirat.

perbaharui niat.
kamon ensiyahmuhammad kamon!

No comments: