ensiyahmuhammad

Monday, April 8, 2013

Ini je...?

berjamjam.. aku dok depan laptop... 
nie je rupanya yang aku kena buat. ada satu lagi company. hee


kawan, kau dah berjaya buat aku ber'hujan'. terima kasih :) aku tak marah. aku tak sarkastik. aku btolbtol berterima kasih. tapi.... kau dah buat aku takut nak bergurau dengan kau. kalau kau baca blog aku. kau tau betapa aku rindu nak kembali macam dulu. kau patut tau betapa aku rindu kan kau. tapi tak, kau tak baca. tapi aku, aku still baca blog kau. aku tau apa minat terbaru kau. aku amek tau, pasal kau. dalam diam. dan aku.. tak perlukan fb nak remind aku birthday kau bila. aku tetap wish kau bila tepat kol12. aku masih ingat semua tu. walau kau tak pernah ingat bday aku. aku tak pernah lupa, siapa yang teman aku text tengahtengah malam masa aku teruk kecewa sebab mamat tu. aku tak pernah lupa sapa jugak yang backup aku masa aku tengah down macam nak gila.

hidup aku... bukan pameran dalam fb. aku tak update apa yang aku rasa dalam fb. aku tak upload gambar terbaru dalam fb. kalau kau nak aku katakan betapa aku rindu dekat kau. dekat kenangan kita. kau patut tengok, gambar siapa yang aku guna untuk screen saver yang akan bertukar bila 5 minit dibiarkan.

pernah tak kau fikir yang aku terasa.. bila tiap kali kau update "kau rindu kenangan dulu".. kau tagged kawankawan. tapi nama aku...? tak pernah sekali pun kau tagged. kat situ... aku tau.. yang aku bukan dalam list kau. 

Tiap kali kau keluar.... pernah tak kau ajak aku? kalau kau terasa hati sebab aku tak ajak kau... pernah tak kau ingat apa jawapan kau bila aku ajak kau keluar sekali? "taknaklah.. aku segan ngan diorang. diorang bukan group aku"

memang bila aku masuk universiti.. aku ramai kawan. tapi, diorang tak kenal aku macam mana kau kenal aku. dan tanpa pertolongan kau, aku tetap takde peluang nak masuk universiti. aku tak pernah lupa weyh, rumah siapa yang aku pergi malammalam, sematamata nak pinjam komputer sebab aku takde laptop or komputer masa tu. dan aku takpernah lupa family sapa yang ajak aku bukak puasa sekali. rumah mak long... 

aku pernah cakap kat kau.. kalau kau rasa kau perlukan seseorang. contact aku. contact aku. contact aku. tapi... takde. 

hatta... mesej... "en, ko pekaba?" aku sangat berharap.. untuk dapat. 

dan kalau aku nak coretkan semua. percayalah. aku boleh buat satu cherita. dan kalau itu yang kau nak untuk aku buktikan betapa aku tak pernah lupakan kau langsung. bagi aku masa, aku akan buat satu cherita siap dengan gambargambar yang masih dalam simpanan aku. KHAS UNTUK KAU. 

kau di sini bukan bermaksud seorang sahaja. :)

salam sayang, 
Nc tetap Nc

p/s: aku mintak maaf kalau ada tindakan aku.. yang buat kau terasa. sampai buat kau ingat aku tak anggap kau kawan aku. maafkan aku. aku siyes mintak maaf.

Uhibbukum fillah. (^_^) 
hidup aku terlalu singkat nak di isi dengan kesedihan. 
terlalu singkat. 

ramadhan.. aku harap dapat melaluinya. sangat berharap

No comments: