ensiyahmuhammad

Thursday, April 4, 2013

doludolu

dari rumah nak keluar ke perhentian bas, sekurangkurangnya 30 minit. Berjalan kaki. Hujan pakai payung, panas ada tudung. Dah jadi rutin, 30 minit tu... tak rasa apa pun. 

Nak beli selipar, pegi kedai, pakcik kedai pun keluarkanlah selipar jepun yang boleh tahan lebam la jugak badan kalau kena bila main baling selipar. try size 5, try size 6. Kadangkadang tak tahu size, amek je ikot suka hati. Janji ada selipar.

Pagi pegi sekolah, petang merayau. Henpon takde. Internet takde. Gameboy takde. Yang ada, pasir. papan, basikal buruk. topi. main polis dan pencuri. Selalu jadi polis, pastu yang pencuri tu lak budak lelaki yang lari laju. Si polis nie pun, punyalah semangat kejar. Kejar kejar punya kejar. pastu jatuh. Tangan kaki calarbalar. nak cakap dekat mak, takut nanti kena marah. tapi bila dah kantoi. Oh pekakkan telinga. 

Sekejap musim orang main layanglayang. kejap musim orang main dam. kejap musim orang kilatkan kuku. kejap musim baling selipar. banyak musim ada. 

aku rindu zaman ini. 
zaman aku tak kenal dunia luar. 
zaman aku tak peduli orang yang aku suka tak suka aku balik. 
zaman yang aku nangis kuatkuat kalau orang sakitkan hati aku. 
zaman yang aku buat apa yang aku suka tanpa aku peduli apa orang nak cakap, janji family aku tak marah. 
zaman yang aku tak kenal langsung panggung wayang tu apa. 
zaman yang aku tau, kulit putih itu cantik. kulit gelap itu tak cantik. 
zaman aku duduk depan cermin, buat macammacam style rambut. kejap buat rambut ikat dua kat atas. takpun tocang sendiri kalau takde orang yang nak tocangkan. bila dah bosan, aku sikat rambut ke depan.
zaman yang aku percaya, bila ada orang kawen, satu kampung kena pakai baju kurung. pastu pengantin tak boleh nak kedip mata. aku pun dengan semangat try sedaya upaya taknak kedip mata. kalau kedip mata, nanti tak boleh kawen.


sebenarnya, aku rindu zaman.. yang mana.. 









aku jadi aku. 









nak jadi kaya, perlukan pelaburan. pelaburan perlukan duit. 
dan mengharapkan pelaburan tu menguntungkan. 
dan aku mengharapkan, 'duit' yang aku laburkan, akan menguntungkan. 






































p/s: aku nak main baling tin :(

No comments: