ensiyahmuhammad

Saturday, March 30, 2013

Notes

Layang-Layang

Berlarian lelaki itu,
Berkejaran si anak,
Kepenatan lelaki itu,
Kesedihan si anak,
Hanya kerana cuba untuk menerbangkan layang-layang.

Tidak putus asa,
Lelaki itu terus mencuba,
Jatuh bangun lelaki itu dibuatnya,
Keriangan si anak melihat layang-layang di awan biru.

Aku disana,
Menemani mereka,
Bersedih, bergembira dan tersenyum,
Dengan ekoran mata.

Aku mendongak,
Layang-layang pelbagai warna dan corak,
Ada yang jauh, ada yang dekat.
Indah sekali.

Terlintas di benakku,
Kehidupan juga seperti itu,
Pelbagai ragam dan warna,
Pelbagai pangkat dan darjat.

Layang-layang itu ibarat aku,
Tali itu ibarat kepercayaanku kepada ALLAh,
Walau jauh kemana pun aku pergi,
Aku tetap terikat dengan hukum hakam yang digariskan oleh ALLAh.

Layang-layang itu ibarat cinta,
Tali itu ibarat kepercayaan, kesetiaan dan kesungguhan,
Walau kemana pun ia pergi,
Cinta masih wujud jika kepercayaan, kesetiaan dan kesungguhan masih ada.

Aku melihat lagi,
Tali layang-layang itu tersimpul.
Lelaki itu cuba meleraikan,
Suka lelaki itu kerana berjaya,
Sedih lelaki yang seorang lagi,
Putus talinya. . .

Aku tidak mahu menjadi layang-layang yang terputus talinya,
Kerana aku tidak mahu lari dari cinta ALLAh,
Aku tidak mahu menjadi layang-layang yang terputus talinya,
Kerana aku mahu cinta kepada manusia yang penuh dengan kejujuran.

Aku mahu tali yang kuat,
Tali yang mampu menahan tiupan angin yang kencang,
Tali yang mampu menahan walau ada yang cuba memotong,
Tali yang kuat menahan apa saja.

Keluhan yang berat ku lepaskan,
Ku mahu tali sebegitu,
Tetapi ku tidak berusaha,
Bagaimanakah kan wujud tali yang hebat jika usaha ku juga tidak seberapa?

Aku terus memandang,
Sengaja menhanyutkan diri dengan keseronokan,
Menumpang kegembiraan mereka,
Dengan hati yang penuh tanda tanya.

Aku yang tak sopan dan brutal dan Hani yang comel :D

  Monday, February 7, 2011 

Fb yang makin pelik. Setelah sekian lama tak online FB. Tetiba baru perasan.. Eyh, wall bertukar lagi? huhu

Tengok wall sendiri. Oh, ada notes.. hihi Duludulu, Suka jugak la tulis notes dekat FB. Sebab masa tu.. 'berehat' kejap dari blog. *tingtong* Dan salah satu 'karya teragung' yang pernah terhasil.. ada puisi Layanglayang nie.

dan satu lagi... 'karya nie'. Masa nie punyalah marah ngan orang. adalah si lelaki dan si perempuan. Aduih. Bila baca balek.. aduih. rasa tak nak mengaku je sapa yang buat nie. haha

Hei Engkau!

Kepada engkau,
Si Lelaki dan Si Perempuan,
Baca apa yang ku coretkan ini,
Biar faham apa yang ku ingin sampaikan.

Hei engkau!
Si Perempuan,
Kau ingat hanya kau yang pandai berkata-kata,
Meraih simpati bagai hanya engkau yang tidak berdosa.

Kau gebang kata kau cool,
Kau gebang kata kau kawan dengan semua,
Kau gebang kata menangis seorang diri,
kau gebang kata kau tidak bersalah,

Hei engkau!
Si Perempuan,
Ternyata kata-katamu penuh dusta dosa,
Kata-kata carutan itu mainanmu,
Tapi sedarkah kau akan sesuatu?
Sesungguhnya kau lah orang lidah paling bercabang pernah aku jumpa!!

Segala yang kau kata penuh dengan belitan,
Entah mana yang dusta,
Entah mana yang fakta,
Semuanya sama sahaja!

Hei engkau!Si Lelaki,
Kau rasa kau betul?
Kau rasa kau hebat?

Buktikan kepada aku,
Apa yang kau betul,
Apa yang buat kau rasa kau hebat,
Boleh kau buktikan???

TIDAK! TIDAK! TIDAK!

Tiada satu apa pun yang kau bisa lakukan,
Kau hanya mampu berkata,
Kau hanya mampu mencerca,
Kau hanya mampu ketawa.

Kau memang seorang lelaki yang tak berguna!
Pergilah kau ke mana kau suka,
Pergilah kau dengan angan-angan kau,
Pergilah kau dengan barang-barang kau!

Hei engkau!
Si Lelaki dan Si Perempuan,
Tak perlu kamu berdua terus bermain wayang,
Jelak ku melihatnya.

grr.

No comments: