ensiyahmuhammad

Monday, March 25, 2013

Mata

Aku suka tengok dia. Aku tak tau apa yang menarik tentang dia. Bila dia berjalan, aku mengekor. Bila dia bercakap, aku perhati gerak bibirnya. Bila dia senyum, oh.. hatiku gugur. Aku suka baju nya, aku suka tulisannya... Pokoknya, apa saja tentang dia... Aku suka. 

Setiap hari, aku menunggu dia lalu di depan rumah ku. Aku mengharap... Mengharap dan tak berhenti mengharap.... Tepat jam 7, mata aku tidak akan lari dari merenung jalan di depan sana. Aku yakin dia akan muncul. Aku pasti. 

Memang menjadi tabiatku, untuk mengharapkan dia... memakai baju yang sama warna dengan aku.... kerana aku yakin. 

"orang yang berjodoh pasti punya telepati yang sama"

Jadi, aku mentafsirkan.. jika kami memakai baju warna yang sama.. kami.. iya,... berjodoh. Oh, aku malu. hehe Setiap hari, apabila kelibatnya muncul, aku hanya memandang dari tingkap kamar ku. Dia tidak perasankan aku, walau aku.... satu tempat pengajian dengan dia. Ini memang aku. Aku sangat malu untuk bertemu dengan orang. Jadi, aku sangat selesa mencuri pandang dalam diam, seperti ini.

Tapi hari itu, dia tidak datang. Aku menunggu lagi. Jam 7 sudah beralih kepada 7.30. Aku gusar. Dia tidak pernah lewat.. "Mungkin basnya lewat" kata hati. Aku tunggu lagi. Sekarang sudah pukul 9. Oh, aku sudah kerisauan. Kemana dia pergi? Mengapa dia tidak muncul?

Tiga empat hari.. dia tidak muncul juga. Untuk bertanya pada orang, aku malu. Tetapi hatiku meronta ingin tahu. Dalam kelas juga, dia tidak datang. Suatu hari, 

"Eh kau tau tak yang mamat tu dah tak study kat sini?"
"Laa yeke? patutlah da lama tak  nampak. Dia study kat mana?"
"Entahlah.. nie aku tau pun sebab ada orang nampak ayah dia kat ofis tadi."
..............

Dan selepas itu, segala butir bicara mereka.. Persis angin lalu yang menyapa muka. Aku bergegas pulang. kelas berikutnya, aku memilih untuk tidak datang. Hati aku remuk. 

Aku menangis dan tak berhenti menangis. Makan tidak mahu, bercakap tidak mahu. Selama seminggu aku begitu. Mata aku bengkak, rambut aku kusut masai, aku tak terurus. 

Selepas beberapa bulan, akujatuh cinta lagi. 

Kali ini, aku tidak mahu menyintai dalam diam lagi. Aku tidak mahu kecewa lagi. Aku mahu dia tahu aku sayangkan dia... 

Suatu hari, 

"Awak.. saya sayangkan awak"
Dia pandang aku atas bawah. Mata terkebilkebil. Selang beberapa minit meng'analisa' aku.. 
"HAHHAHAHAHHAHAHAHAHHAHAHAHAHHAHAHAH!" satu fakulti dengar dia gelak. Semua orang berhenti. melihat kami.
Aku malu. Aku mahu lari dari situ. 

Dia sambung lagi
"Kau sayang kat aku? Nah! cermin! Kau pandang diri kau tu sikit. Orang macam kau, layak ke dengan aku? Body pun takde. Kalau aku dengan kau, orang mesti ingat aku dok usung papan sana sini!"

Semua orang yang ada di situ. tertawakan aku. Aku lari. Air mata aku merembes keluar macam empangan bocor. Sampai di luar pagar fakulti pun, aku masih boleh dengar hilai tawa rakanrakan fakulti. 

Aku katakan pada ayah aku mahu tukar fakulti. Ayah tanya kenapa, aku enggan menjawab. Aku hanya katakan aku mahu keluar. Dan ayah..... menuruti hasratku. Aku katakan lagi pada ayah, aku ingin jadi cantik, aku mahu dibelikan bajubaju yang cantik, aku mahu dibelikan segala ubat penaik berat badan, aku mahu dibelikan alat mekap. sekali lagi, ayah menuruti hasratku. 

bagi ayah, apa saja kemahuan anak tunggalnya ini, wajib di penuhi. Kerana aku.. satusatunya harta yang ayah punya. Ibu sudah tiada.

Aku sudah bertukar kolej. Suatu hari, aku duduk melepak sambil makan buah jambu, pandangan aku kosong.. Lalu aku ditegur oleh seorang kakak. Manis orangnya, labuh tudungnya, ada satu perasaan tenang mengalir dalam hatiku melihat senyumannnya. 

"Adik takde kelas ke?"
"Takde kak."
"Adik ada nak pegi manamana lepas nie?"
"Takde. Saya baru seminggu belajar kat kolej nie. tak tau apa nak buat"
"patutlah macam tak pernah nampak sebelum nie. Student baru rupanya. Selamat datang. Akak takde teman nak makan. Jom teman akak nak..?" Akak tersenyum lagi. 

Aku.. tanpa berfikir panjang senyum dan pegi bersama akak manis itu. 

"Adik suka tak kolej nie?"
"Biasa je kak. Baru nak biasakan diri"

Sambil makan, kami saling betanya latar belakang masingmasing. Kami saling bertukar nombor.

Sejak hari itu, kami selalu berjumpa. Banyak aktiviti yang kami lakukan bersama. Kakak ini sangat menyenangkan, aku boleh rasakan kejujurannya, aku suka bersama dengan dia. Suatu hari,  akak berkata

"Akak tengok adik nie macam ada masalah je.... Nak cerita dekat akak?"

Entah kenapa... aku yang sukar bercerita dengan orang. Jadi sangat mudah, bercerita segalanya pada akak ini. Aku ceritakan padanya perihal lelaki yang aku suka.. yang perginya secara tetiba terus kepada lelaki yang aku suka dan menghina aku dan bagaimana mahunya aku untuk menjadi cantik.

Kakak sangat tekun mendengar. dan sedikit pun tidak marahkan aku. Aku tidak segan silu menangis di hadapannya. 

"Pernah dengar lagu lama.. Dari kerana mata?"
"Pernah. kenapa kak?"
"Akak nyanyikan ya. Dari kerana mata.. yang berkuatkuasa.. cuba sambung"
"ohhh aku terpesona. aku terpesona dengan dirimu.."
"Dari kerana mata..." Nyanyi kami bersama dan gelak. 

Kakak berkata.. 

"Adik, jatuh cinta itu tidak salah. Itu memang fitrah manusia. Tapi yang salah, bila kita tidak mampu untuk melawan rasa cinta itu. Cinta yang salah, akan membawamu ke jurang kerosakan. dan cinta yang betul akan membawa ke awangan. lagu yang kita nyanyikan tadi... ada benarnya. Dari kerana mata, kita mula menyukai menyintai seseorang. Sebab itu, Allah menyuruh pada lelaki dan pada kita, perempuan untuk menjaga pandangan. Menjaga pandangan.. bukan kepada lawan jantina saja. Tapi kepada sesama jantina pun kita kena jaga pandangan.. terhadap semua perkara pun kita kena jaga pandangan. Kerana apa? kerana takut kita akan kalah dengan nafsu. Nafsu untuk memiliki seseorang yang bukan milik kita, nafsu untuk menjadi cantik seperti orang lain, nafsu untuk untuk menjadi kaya macam orang lain. Dan macammacam lagi. kita patut bersyukur dengan apa yang kita ada. Kurus kita, gemuk kita, itulah yang terbaik untuk kita. Jika kita syukur dengan apa yang kita punya, dan kita berhenti untuk menjadi orang lain, kita akan jadi orang yang sangat gembira. Dan lelaki yang memang ditakdirkan untuk kita, pasti mampu untuk melihat kita dengan mata hatinya. Cantik kita, bukan terletak pada wajah atau brand baju apa yang kita guna, tapi cantik kita terletak pada hati. Hati yang bersih adalah hati yang cantik. Hati yang bersih adalah hati yang bebas dari hasad dengki, benci dan segala sifat mazmumah. Jadi, hati yang cantik adalah hati yang bebas dari sifat mazmumah. Jom cantikkan hati!"

Dan sejak itu

Aku makan, bukan untuk jadi cantik berisi. tapi aku makan memenuhi tuntutan fizikal. 
dan aku juga makan memenuhi tuntutan rohani. 
Aku berhias bukan kerana menarik perhatian lelaki, tapi mengikut sunnah nabi yang mementingkan kekemasan. 

Mengikut mata pandangan manusia membuatkan aku rasa ditendangtendang.
Mengikut mata pandangan pencipta membuatkan aku  rasa tenang dan menyenangkan. 

Dari kerana mata :)


p/s: lembu terikat pada tali, manusia terikat pada janji. hihi

2 comments:

Zimah Zaiwani said...

menarik gile cerpen ni! u karang sendiri ke yang?

ensiyahmuhammad said...

ini spontan. nak buat post laen. tapi jadi post laen lak. hahaha

tapi takpe, as long as pasal mata. hahaha