ensiyahmuhammad

Friday, February 8, 2013

Aku Kau

Apa kau fikir hidup ini tentang kau dan kau dan kau saja?
atau
Hidup ini tentang aku dan aku dan aku saja?

Ya?
Tidak?
Tak tahu?

Di pagi nan indah dengan renyaian hujan.. 
Aku nak ajak kau berfikir sekejap. 
Andai, hidup ini tentang kau dan kau dan kau saja..... 
Kau rasa... kau mampu untuk hidup dalam dunia?
Kau nak makan.. kau mintak mak masak.
Kalaupun kau boleh masak sendiri, kau ingat barangbarang yang kau guna untuk memasak tu, takde orang lain yang usahakan?
Lantas kau boleh beli dan kau masak sendiri?
Kalaupun kau nak cakap yang kau macam tumbuhtumbuhan yang boley buat makanan sendiri melalui photosintesis.....
Kau ingat.... sumber yang tumbuhan guna, karbon dioksida, keluar sendiri ke?
Dari hembusan nafas manusia bro, dan asap kenderaan.

Kalau la kau masih bongkak diri kau tu takkan boleh buat apaapa tanpa bantuan orang lain.. fikirkan semula. 
Kalau kau malas nak fikir semua nikmat yang kau dustakan.. 
Sekurangkurangnya, kau fikirlah.
Mayat kau nanti, kau rasa ada kudrat ke nak korek lubang kubur sendiri?

Point penting aku satu je, 
Hidup ini sistem yang saling memerlukan.
Kekalkan hubungan yang baik dengan masyarakat. 
Jangan ada khianat. 
Pegang amanat. 

peace. 

p/s: Kahfi jom!


No comments: