ensiyahmuhammad

Monday, January 21, 2013

Nasihat dari Ibu

"en kenal  dengan madam martinelli?"
"err. tak. sapa tu?"
"oo.. tak kenal ke? takpe. en buat je proposal tu.tapi jangan ubah nama madam tu"
"ok"

+++++++++++++++++++++++++

Begitulah bermulanya untuk En diperkenalkan dengan nama Madam Martinelli Hashim
dalam kalangan para CENSERVIANS, lebih popular dengan gelaran "ibu" kerana sifatnya yang penuh keibuan tapi tegas dan berwawasan tinggi, berpandangan jauh.

CENSERVE adalah satu pusat di mana sebanyak 16 kelab bernaung di bawahnya melakukan kerjakerja sukarela yang merangkumi anakanak yatim, kampung orang asli, al-quran dan sebagainya.

Sayang seribu kali sayang, semester ini.. en memilih untuk 'berehat' dari programprogram CENSERVE. Itu membuatkan En, jarang menampakkan diri ke Ofis. Jika tidak, di situlah tempatnya En 'melepak'.

Setiap hari rabu, ada pasar malam... makan ramairamai dekat CENSERVE.. our small 'mahabbah day'
Bila takde kelas, pegi CENSERVE
Bila bosan, pegi CENSERVE
Bila nak online, pun pegi CENSERVE

Boleh kata, memang CENSERVE tu 'rumah' kedua.

Sesungguhnya perancangan ALLAH lebih baik, bilamana En berniat sem depan En ingin kembali aktif dengan CENSERVE, tibatiba sahaja esoknya, bila on FB. terbaca post Ibu dalam page CENSERVIANS...

Amat sukar untuk ibu nyatakan. Namun ibu terpaksa memberitahu. Semalam ibu dapat surat arahan dari rektor untuk meninggalkan CENSERVE dan bertugas di Management Centre bermula 21/1/2013. CENSERVE akan diambil alih oleh Dr. Hariyati sebagai pengarah baru. Walau dalam tempoh 17 tahun berbagai dugaan ibu dan CENSERVE lalui, tetapi tidaklah seperit dugaan ini. Kehilangan sesuatu yang amat ibu sayangi tidak sama dengan kehilangan2 yang lain kerana sayang ibu kepada CENSERVE dan anak2 ibu dalam CENSERVE adalah sayang kerana Allah dan misi buat ummah. Ibu tidak nampak sebab yang munasabah ibu ditukarkan, namun apa daya ibu. Doakan kita dapat laluinya dengan sabar kerana kita tidak mahu kehilangan rahmat Allah yang diberi kepada mereka yang sabar
Sedih.
Teringat bila ibu bercerita tentang zaman kanakkanakna
Teringat bila ibu bercerita tentang keluarganya.

dan teringat, bila ada orang yang cuba meracuni pemikiran ku dengan memburukburukkan ibu.. Dan pastinya en takkan lupa hari itu. Edu cafe, lepas asar, hari sabtu. dan faktafakta palsu yang dikemukakan. yeah. dan sapai sekarang.. iye.. sampai sekarang.. masih sukar diri ini nak tersenyum jika terserempak dengan orang itu. i still need time. katakan pada en, siapa yang suka bila ada orang memburukkan orang yang dia sayang? memang tak lah.

dan hari ini, ibu tinggalkan nasihat untuk kami, para CENSERVIANS.
Nasihat buat anak-anak CENSERVE yang saya tinggalkan:

Teruskan berdaawah memartabatkan ummah.

1. Jadilah insan yang selalu menyenangkan orang lain bukan menyusahkan
2. Jagalah solat sebaik-baiknya kerana itu saja penyelamat kita dunia dan akhirat,
3. Sebarkan kasih sayang ke seluruh makhluk Allah
4. Tawadhu' lah kerana ia memuliakan manusia di mata Allah
5.Jiwa yang insani meletakkan redha Allah di atas segalanya, peganglah amanah, jangan khianati
6. Kita adalah daie bukan penghukum, sabarlah dengan kerenah mereka yang menyakitkan
7. Berhikmahlah dalam menegur dan bersyukurlah bila ditegur sahabat kerana itu kunci ukhwah sejati
8. Carilah ilmu dan muliakan orang yang lebih berilmu, namun usah hina mereka yang kurang ilmu, santunilah mereka kerana mereka juga ada hak untuk dihormati

InsyaALLAH.

p/s: sedikit emosional. entah kenapa. mungkin rasa terkilan sebab... tak dapat jumpa ibu untuk kali terakhir di CENSERVE. mungkin sebab mula rasa menyesal dengan keputusan diri sendiri yang ingin 'berehat'. atau mungkin rasa terkilan sebab hasrat nak bergambar utk CENSERVIANS tak tercapai. atau mungkin, sememangnya en tak suka kan perpisahan. mungkin.

No comments: