ensiyahmuhammad

Monday, January 14, 2013

Kemanusiaan

"Boikot McD tapi tak boikot Nestle, Milo and etc...."
"Yo yo je diorang nie, bukan maen rak lagi boikot McD, kesian dekat saudara kita kat Palestin.. tapi tengoktengok lagi dua tiga hari buat status... Lunch Di McD. tah pape"
"Apetah diorang nie, boikot McD, tak kesian ke dengan pekerja dekat sana. diorang pun nak makan jugak."
"Diorang nie boikot McD, tapi beli jugak barang dekat Tesco. Bukan Tesco tu pun syarikat Israel punya ke? Apetah diorang nie boikot separuhseparuh"

dan lainlain lagi. . .

Bila mendengar orangorang di luar sana yang mempersoalkan kenapa kena boikot. Kenapa tak boikot semua. Kenapa dan Kenapa dan Kenapa.......... 

Terusterang ku tak mampu untuk berkatakata, mungkin En hanya punya kekuatan untuk menulis..... Tapi, En ambil sedikit masa, untuk membicarakan soal ini.

Kenapa mesti boikot?

Duit. Siapa yang taknak duit? Siapa yang boleh hidup tanpa duit? Apa yang boleh dibeli tanpa menggunakan duit?

Fikirkann sejenak. Muhasabah sebentar... Bayangkan.. setiap sen yang kita laburkan untuk membeli sesuatu produk, disalurkan untuk membeli peluru, bom dan segala kelengkapan lain untuk berperang. Tanpa sedar, kita telah menjadi orang yang 'menyumbang' kepada pertumpahan darah, yang meragut nyawa kanakkanak yang tidak berdosa. Tega kah kita melihat keperitan anakanak itu?

Mungkin kita tidak merasakan.. kerana kita jauh berada di Malaysiaa.............. Tapi adakah kita akan terus berdiam diri jika anak kita, keluarga kita, suami kita, isteri kita........ yang dibom? yang ditembak? Anak jatuh semasa berlari pun kita dah meluru berlari risaukan anak ada apaapa, agaknya kalau kita dengar bunyi tembakan dan tengok anak kita dah tak bernyawa.... masih mampukah kita bergelak ketawa?

Memang, kita tak nampak duit itu disalurkan.
Memang, kita tak tahu sama ada memang betul syarikat itu menyumbangkan dana kepada Israel
Memang, kita hanya mengikut katakata orang. Boikot itu boikot ini.... tapi kita hanya melulu mengikut orang saja. 

Cuba fikirkan sejenak. 
Musnahkah hidup anda jika tak menggunakan produk dari syarikat tersebut?
Kebulurkah?
Rosak kah hidup anda?

Saya yakin, lebih banyak lagi alternatif lain untuk sesuatu produk. 
Produk buatan Malaysia masih ada. 

Kenapa mesti boikot McD, tapi tak boikot produk lain?

 
Baca dahulu link di atas. 

Bagi pendapat peribadi, ini bukan soal McD atau tidak. tapi, kemampuan individu untuk boikot produk apa. 

Ye, En tak nafikan yang En peminat tegar McD. 
En suka makan coklat, dan Milo En suka makan begitu sahaja. 

Tapi, En berusaha untuk tak makan McD dah. Walaupun dalam hati sekalisekala iman agak tergugat melihat betapa sedapnya tengok aiskrim Sundae Cup, prosperity burger dll. Tapi En tetap yakinkan dalam hati yang En tak rugi apa pun kalau tak makan McD.

Ramlee burger oblong ada. Eskem 1 Malaysia ada. sedap jugak, murah pulak tu :)

Alhamdulillah, kini dah beberapa tahun En tak makan McD. 

En memboikot secara perlahan, berperingkat. Yang mana En mampu untuk boikot, selagi En boleh boikot, En boikot. Selagi keadaan mengizinkan untuk boikot, En boikot. 

Jadi begitu jugak kamu, cubalah perlahanlahan. Dengan izin Allah, yakin boleh! :)

Melawan nafsu bukan mudah, perlukan jihad.
Semoga ALLAH terima ini semua sebagai jihad. 

Sekurangkurangnya, bila di Hari Kiamat, Allah tanya, apa yang telah kita lakukan untuk membantu saudara kita di Palestin, Syria, Thailand, Rohignya dll?

Dan mungkin antara jawapan yang mampu kita berikan... 

"Aku berjihad dengan melawan nafsuku untuk tidak membeli barangan syarikah Israel Ya ALLAH"

Kesian pekerja McD, diorang pun nak makan jugak.

Rezeki di tangan ALLAH. En yakin, kalau pekerja McD sendiri yang berhenti kerja sebab tak nak bersekongkol dengan Israel, ALLAH akan bagi ganjaran yang lebih hebat!

Jika bukan di dunia, pasti di akhirat. 

Allah tak pernah memungkiri janjiNya. Yakinlah. 

"Kau cakap senanglah, bukan kau yang keja dengan McD sekarang"

Iye. En akui. Memang En tak berada di tempat kamu. 
Tapi, sekurangkurangnya En dah lakukan apa yang En mampu lakukan. 
Dan kau, apa yang kau dah buat?

Tepuk dada, tanya selera. 

Isu Palestin, Syria, Thailand, Rohingya . . isu kemanusiaan.
Umat Islam ramai, tapi semuanya hanya tengok sahaja? 

Allah memandang pada usaha. bukan pada hasil. 
Jika belum mampu untuk boikot, maka berdoalah untuk kekuatan itu. 
berdoalah untuk kesejahteraan saudara seislam kita yang lain. 

Tak perlu nak pukul canang memperlekeh orang yang boikot. 

Muhasabah kembali, adakah kau peduli pada isu dunia? bersedia menghadap Dia yang Maha Mengetahui?

Wallahu'alam.

Rasa lega apabila perkara yang tersimpan di sudut hati akhirnya berjaya dikeluarkan.Alhamdulillah. Terima Kasih Ya ALLAh untuk kekuatan ini.

p/s: Berasa lebih tenang untuk pergi ke Youth Outdoor Quest'13

No comments: