ensiyahmuhammad

Friday, January 11, 2013

Hikayat Kisah Brutal 2

sambungan dari hikayat kisah brutal 1

Nak dapatkan kepastian... En sendiri pergi ke kaunter 

"Akak, tiket saya ni pegi johor kan?"
"Iye, betul tu dik, kenapa?"
"No. plat bas nie, ini kann?"- sambil tunjuk kat no.plat yang dicatatkan. 
"betulbetul"
"tapi kenapa kat bas tu, tulis Kuala Lumpur?"
"Ooooooooooo... bas tu baru sampai dari Kuala Lumpur. Kejap lagi diorang tuka la jadi Johor"
"oooooooo. heeee. thank you akak!"

Lega. Duduk balik dengan Kak Hasni dengan Abg Ijan. 

Tengok keadaan sekeliling. Ramai orang India dengan orang Cina, bersama dengan keluarga masingmasing. Beg? Boleh tahan besar. 

"Ramai jugak orang yang nak pergi Johor dari Perak rupanya. Ingat aku sorang je yang nak buat kerja gila macam nie" - monolog

"Diorang tu semua mesti nak pegi Singapore sebab tu turun kat Johor" Kata Abg Ijan. 

Eh, Abg Ijan nie macam tahutahu je apa yang terlintas dalam fikiran En. hebakhebak!

Tak lama lepas tu, masa untuk berpisah. 

En naik bas, lambailambai dengan Kak Hasni dengan Abg Ijan. Oh, terasa sangatlah keanakanakan. tapi aku suka. hihi

Bas bergerakk....... dan berhenti dekat satu tempat, ambil penumpang lagi. patutlah masa dekat terminal kemunting tak cukup penumpang, ada tempat lain lagi rupanya.... Penumpang yang naik, India dan Cina lagi, ramairamai beserta beg yang boleh tahan besar. 

"Diorang nak pergi Singapore la nie.. alahai seronoknyaaaaa" - monolog

Bila penumpang dah penuh, pemandu pun dah masuk, enjin pun dihidupkan. Drama standard lambaimelambai, air mata berlinangan meninggalkan orang yang tersayang pun berlaku. Oh, walaupun itu drama standard, tapi itulah yang selalu dalam kenangan.

Melihat mereka dari dalam bas, mereka melihat kita dari luar bas, dipisahkan oleh cermin, mungkin boleh jadi itu pandangan terakhir. (oh... sedih)

Bas berlalu meninggalkan Perakk... seperti biasa, sms keluarga dan orangorang yang en nak beritahu keadaan terkini.

Johor aku datang!

Sepanjang perjalanan, mata enggan lelap. Walaupun air-cond dah dimatikan, tetap kesejukan dirasai tetapi dengan hadirnya sweater purple yang sangat best, menyelematkan daku dari jadi mangsa sejukbeku. Karang tak pasalpasal je ada produk makanan baru "Nc tulang sejukbeku", tinggal buat sup dan campurkan tulang. Uweeekkkkkkkkkk! tah pape. =_=

16 Disember 2012 (Ahad)

Paksaan demi paksaan dilakukan agar mata tertutup. Akhirnya, dapat lelap jugak tapi tak lamaaa. Sms kak mast, 

"Akak, en tak dapat tidur"
"En tak penat ke?"
"Penat la jugak. tapi tak dapat tidurr"
"Kalau akak, bila akak dengan ceramah, cepat je akak tidur :p"
"Tapi en dalam bas nie kak, macam mana nak dengar ceramah? huhu"
"Yeke, akak ingat en ada download ceramah. En try la download dari mymaktabaty.com atau ikim.fm, selalu akak download dari situ je"
 "InsyaAllah, nanti en try. thank u kak mast!"

Tengok kat luar... nampak signboard Sg. Buloh.. 

"Laaa.... aku kat KL ke, ingat kat perak lagiii" - monolog

Untuk kesekian kalinya, renung jalan kat luar. Gelap. Pemandu berbual sesama sendiri dalam bahasa Tamil, memangla En tak paham apa-apa. Tapi melihat gerak tubuh mereka, rasanya yang seorang pemandu tu sepertinya sedang belajar selokbelok jalan, dan yang seorang lagi, seperti nampak sangat berpengalaman, lebih banyak bercakap beserta dengan tangantangan. Sangat bersemangat nampaknya memberikan penerangan. bagusbagus. huhu

Pokokpokok, jalan yang bertar, iklan di jalanan, keretakereta yang bergerak menemani malam yang suram. Otak turut sama ligat berfikir, 

"Kemana agaknya diorang nak pergi?"
"tak takut ke drive sorangsorang"
"Agaknya berapa banyak company nie laburkan nak buat iklan billiboard macam nie? Agakagak syarikat diorang untung gler ke eyh?"
"sapelah yang tanama pokokpokok nie semua. rajin betul. tapi kalau tak tanam pokok.. abes la takde pokok kat dunia nie. ish ish"
dan lainlain lagi. 

Tahutahu nampak signboard Skudai. Dalam hati terus menjerit  
"Kudin!!!!!! aku dekat johor skrg nieee!!"

Kudin, kawan dari sekolah menengah. Salah seorang kawan yang banyak juga menyokong en akan satu peristiwa pahit sepahit kopi kapal api yang berlaku pada sesuatu tahun yang tak perlu diingat lagi. Mempunyai sepasang mata yang cantik, adikberadik 10 orang dan adik dia yang last adalah pakwe en. HAHAHAHAHA siyes comel adik dia yang last tu. 

Beriye-iye jerit dalam hati, sedangkan kedatangan ke johor pun tak dimaklumi, simpan sendiri, konon nak buat rekod peribadi. 

Badan letih . . . . Mata pun terlelap, lagi. 

Bangunbangun.............. dah pukul5 pagi. Tengok semua orang dah keluar dari bas. 
Aduih, cepatcepat turun.. pemandu bas tegur.

"Adik... banyak kuat tidur aaa"

Aku pun sengihsengih je. tapi tak sebusuk kerang la... haha

Cepatcepat amek beg... Pastu nampak bas yang tertulis "MASAI" nak gerak dah. 

dengan kondifen nya... naik. pastu tanya 
"Pakcik..... bas nie memang benti kat masai ke?"
"Ye.... stesen last sekali"
"Berapa tambang..."

Lepas dah bayar harga tambang.... duduk la. 

Bas tu usang. Kalau kat KL, dah tak nampak bas usang macam tu. Eh jap, bukan tak nampak.. tapi En yang dah lama tak naik bas. Ingat lagi, dulu masa darjah 6, sekolah rendah kat melawati, tapi rumah dekat wangsa maju, nak balik kena naek bas len seng... dan bas tu takde aircond. tapi sebab takde air cond la en selesa naek bas tu. hihi bas yang en naek nak balek rumah tu, takdela usang sangat. tapi boley tahan la gegaran dia. hihi tah ada lagi ke tak bas tu kat sini. tak perasan pula.

jadi nak cakapnya, bas yang en naek dari stesen johor nak ke masai nie, lebih kurang begitula. menggamit memori daun pisang. hehe 

ramai jugak yang tahan bas, tengok pakaian, macam nak pergi kerja. huhu dan kebanyakan lelaki. owhhh.... 

tetiba. bila sampai satu stesen.. ramai sangat orang yang turun kat situ. en pun rushing la nak turun jugak. siap dah angkat semua beg. tapi tetiba... ada seorang pakcik tegur

"Adik nak pegi Masai kan?"
"ye.... dah sampai masai ke pakcik?"
"belum.. ini bukan Masai"
"yeke! terima kasih pakcik"

Duduk balik. huhu malunyaaaa. =_=

Jalan lagi bas tu. Walaupun bas tu usang, tapi banyak jasanya. Kalau takde bas tu, macammana orang nak pegi keje. macam mana orang jauh macam en nak sampai masai? hihi

Tepat kol6 pagi. sampaila saya di Masai! Alhamdulillah. itu pun sebab pakcik yang sama bagitau. 
"Adik, da sampai kat Masai nie"

Bagus kan pakcik tu? Semoga rezeki pakcik tu melimpahruah dan hidup keluarga turuntemurun baikbaik belaka dah allah rahmati!!!

Tunggu sekejap. Datangla fada dan abangnya. huhu no.plat keta mereka JHT.. JAHAT! hehe en ada habit suka betul buat nama ikut no.plat. hihi

sampai kat rumah fada... 
Mak fada pun tegur
"Sampai jugak dari Perak akhirnya"
"Hehehe aah cik, sampai jugak akhirnya. Isyak di Perak, Subuh di Johor!"
 
dan apa yang berlaku seterusnya............ biar gambar saja yang bercerita.


Kristal . . .

Gabungan kaler pastel . . . terasa keharmoniannya :)

Kanakkanak dan keriangan, sinonim.

First time rasa bubur nie! Entah apa namanya

Add caption

Siyes, sangatlah comel guest book mereka. naakkkkk!

sangatlah comel mereka berpimpinan tangan
tangan akak taknak pimpian sekali ke dik? nak joinnnn. hehe

"tangan akak berat, tapi saya kuat"
oh adik. haha

ada dua sebab kenapa gambar ini jadi pilihan
1 - sebab ini makanan feberet saya!
2 - sebab timun tu en yang potong.
muahahahaha

smart tak? hihi
style gambar begini menjadi kecemburuan

inilah keluarga pengantin, MIA adik lelaki

keluarga pengantin ada bunga yang tertulis seperti ini.
comel kan?

lampu lagi jadi pilihan. heee maafmaaf

"akak akak. cepatla amek gamba baby"
"gamba baby?"
"iye.. cepatlah kak"
oh baby

Selamat Pengantin Baru Abg Fuad & Kak Balkis!
Lepas ni turn Cik Fada pulak. hihi
Bapa pengantin menepung tawar.
tapi lupa nak tanya, apa function telur. huhu
baby dan ketembaman, memang tak terpisah.

tadaaa! inilah keluarga complete pengantin.

hihihi


bab sibukmenyibuk orang laen nak amek gamba
memang kami nie no.satu. haha

Tasik Masai :)

Cuba teka saya yang mana?
Khas untuk si penggemar bunga
Bunga dari Tasik Masai
:)
p/s: entah kenapa, rasa malu nak letak muka sendiri. :)

Malam tu.....

Masa nak pulang......... nak pulang beramairamai. En, Mas, Ira, Ida, Fatimah, Syaza.
Tiket pukul11.15 malam.
Kol10.30 kitorang tengah makan lagi.
Abang fada lak ada kat atas jalan lagi.
kalau nak buat 2 trip pun.. macam tak sempat je nak kejar bas.

Oh. alamak!

Macam mana nie?

dup dap dup dap dup dap

2 comments:

Zimah Zaiwani said...

kamu yang tengah dalam gambar tu! taw dah! hehehe

ensiyahmuhammad said...

zimah amat mengenali ku rupanya. waaahhhhhhhhhhhhhhhh!!! terharunya shayeeeeeee :D

100 markah utk zimah!!!

(^_^)