ensiyahmuhammad

Friday, January 18, 2013

Ceritera Macho Satu . . .

"en pegi yoq tak?"
"erm.. tak berani nak cakap la kak. takut jadi macam tahun lepas. tapi en dah bagi nama"

**********************************************
13 Januari 2013 (Ahad)

Briefing di Econs Lr4.5 dan 4.6. mula kol8malam. tapi en datang lambat.....

lepas daftar.. duduk sebelah seorang sister...

"kak syaimaa!"
"syifaa' la"
"eyh.. hye kak syifaa'!"

huhu salah nama. en memang suka buat tukartukar nama nie. baru marvellous. lalalalala~~~~

Ustaz Mazrul kat depan tengah bagi pengisian...  since dah masuk lambat... so dapat sekerat jela apa yang Ustaz sampaikan....

berkaitan surah Al-Fath (1-20)
ayat ke18: Allah meredhai orang yang berkorban dan Allah mengetahui apa yang ada adalam hati.
setiap pengorbanan, kemudaratan.. ada hikmahnya. dan hikmah itu Allah yang tetapkan. 

lepas tu disambung pula dengan pengisian dari sorang brother nie. tapi tak ingat pulak siapa namanya, namun dikhabarkan dia adalah orang kuat majalah JOM!

Asy-Syabab Fil Harakah (Pemuda dalam Gerakan)

Ciri-cirinya . . .
  • Dinamis
  • Kreatif
  • Inovatif
  • Indifa' (segera) 
  • Himmah (semangat)
  • Faragh (kosong) - maksud kosong di sini, bersedia untuk dituang ilmu. boleh menuju ke arah kebaikan dan boleh menuju ke arah keburukan. jadi berhatihatilah dalam menimba ilmu. Contoh macam Hitler, berwawasan tinggi tapi untuk kehancuran. 
  • Qalbun Dzakiy (hati yang cerdas) - berkaitrapat dengan iman
  • Fuad Naqiy (Jiwa yang suci) - berkaitrapat dengan ikhlas
  • Syu'ur Qawiy (Perasaan yang kuat) - berkaitrapat dengan hamasah
  • Azmun Fatiy (Azam yang membara) - berkaitarapat dengan 'amal. 

empat faktor yang terakhir disebut oleh as-syahid Imam Hassan Al-Banna

Penyampai ada menyebut yang manusia ini hidup dalam dua kelemahan, iaitu semasa bayi dan ketika tua. Maka, di antaranya itu, wujudlah pemuda. Pemuda untuk menolong bayi dan menolong orang tua. Pemuda adalah kekuatan, menyeimbangkan kelemahan. 

Penyampai turut menyebut beberapa kewajipan pemuda. 

Kewajipan Syabab (Pemuda)
  • Memahami Islam dengan benar
  • Khidmatul mujtama'
  • Rasa tanggungjawab
  • Izzah dengan Islam
  • Baik dalam memahami Islam
  • Memilih manhaj wasath (sederhana)
  • Dakwan kerana Islam

Selepas itu.. diteruskan dengan pembahagian kumpulan... 

Oh.. ku dimasukkan dalam kumpulan 6 :)

Selepas briefing, sedang berjalan menuju ke motorsikal, sempat sms seorang kawan.

"en takutlah"
"takut,knp ni?"
"en tak tahu. tp en takut"
"en rasa segan lah"
"knpkah? rasa dorang yg p skali tu hebat eh..."
"yup"
"relaz la.. nti kamu pun bleh jd cmtu gak stu ari nti..."
"i know its unfair to myself to say dat i can't when i didn't even try for it. but sumtimes. . . . i just dun av courage to do it."
"eh...mane en yg slalu bilang, "en, yakin boleh""

**********************************************

sampai di rumah.. sebenarnya hati masih berbelah bahagi nak packing barang. masih ada rasa raguragu. masih hati rasa tiada kekuatan nak teruskan hari esok. 

krik krik krik

bunyi kipas berpusing perlahan. masih sempat lagi memandang siling dan melihat saja aturan kipas siling. dengan kuasa allah, terlintas hendak menulis tentang isu kemanusiaan. Selesai menulis, alhamdulillah, baru mempunyai ketenangan untuk mengemas. 

baru sibuk nak cari baju yang sesuai. seluar yang sesuai. capai barang sana sini. doreamon tetap tak dilupakan. beg gemok. itulah ensiyahmuhammad, yang tak berapa mengerti nak mengkuruskan beg walaupun dirinya cekeding. hoho

kol3.30 pagi baru tido. 

kol6.30 baru bangun. 

kol7.30 kena berkumpul. 

dan atas sebab tertentu kol7.30 en masih berada di rumah. 

Oh... hatiku~~~ 

No comments: