ensiyahmuhammad

Monday, December 10, 2012

Ketenangan

Assalamualaikum 

Hari Pernikahan Fatin Naimah Mohamad
8 Disember 2012
Tahniah!

Alhamdulillah. 

Dalam kesibukan, Allah berikan sedikit ruang masa untuk meraikan hari bahagia Fatin, kawan sekolah ku. Dalam berdebar untuk menjalani kehidupan dengan status yang baru, pasti kebahagiaan sentiasa berbunga kerana Fatin sudah jumpa imam nya. 

Orang kata perkahwinan itu satu perjudian. 
Tapi bagi aku, bila perkahwinan diibaratkan sebagai satu perjudian, seperti tiada rahmat didalamnya. Aku lebih suka mengatakan yang perkahwinan itu sebagai satu medan jihad. 

Iye, medan jihad. Jika kita menyediakan strategi, segala alatan perang dengan secukupnya dengan keyakinan yang teguh dan mantap kepada Allah, insyaALLAH kita tidak perlu gentar dengan apa-apa kerana rahmat ALLAH itu sentiasa menaungi kita, dan tenteratentera yang bakal terbentuk juga merupakan tenteratentera yang berkualiti. 

Antara syaratsyarat untuk menjadi tentera al-Qasam adalah dengan menghafal 30 juzuk al-Quran dan solat subuh berjemaah selama 6 bulan berterusan. SubhanaAllah. Itu bukti yang kekuatan dalaman lebih penting dari kekuatan luaran. 

Sama seperti perkahwinan, jika agama ditinggalkan, maka pincanglah rumah tangga. Sebab itu mungkin, orang yang berhabis ribuan ringgit hanya utk majlis perkahwinan, selang setahun dua tahun, bercerai-berai. Berbeza dengan orang biasa, usia perkahwinan kekal. 

Tadi, masa kuliah Maghrib di TV Al-Hijrah, ustaz bercakap pasal "Ketenangan".
Iye, ketenangan memang tak boleh di beli. 
Orang mampu beli house (rumah), tapi tak mampu beli home (kediaman). 
Orang mampu beli tilam mahalmahal, tapi tak semestinya boleh tidur dengan lena.

Sebab ketenangn dalam jiwa adalah satu anugerah dari ALLAH. dan hanya orangorang yang dekat dengan ALLAH senang mendapat anugerahNya, kan?

Jom dekat dengan ALLAH!

p/s: Tahniah untuk abg Firdaus Hilmi & kak Fatin Liana atas pertunangan kalian. F&F gitu.. :D Tak sabar tunggu kalian nikah!

No comments: